Bunuh Anak Teman Wanita: Pekerja Binaan Dipenjara Tiga Tahun

Diterbitkan: Rabu, 14 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pekerja binaan pada Rabu dijatuhi hukuman penjara tiga tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang di sini selepas mengaku bersalah menyebabkan kematian anak teman wanitanya berusia setahun tujuh bulan yang ditinggalkan selama 10 jam di dalam kereta.

Hakim Manira Mohd Nor memerintahkan Hooi Wai Chor, 35, menjalani hukuman itu bermula dari tarikh dia ditangkap pada 21 April lalu.

Hooi didakwa menyebabkan kematian Low Hong Jun di dalam sebuah kereta jenis Proton Satria di hadapan rumahnya di No. 4, Jalan 11, Taman Sri Watan, Ampang Jaya dekat sini antara pukul 2 pagi hingga 12 tengah hari 21 April lepas.

Dia didakwa mengikut Seksyen 304(b), Kanun Keseksaan yang boleh dikenakan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabitkan kesalahan. Terdahulu, peguam yang mewakili tertuduh, Mary Song memohon agar hukuman denda dikenakan ke atas anak guamnya bagi membolehkannya kembali ke pangkuan keluarga serta membina hidup baru.

"Tertuduh seorang yang baik hati serta amat menyayangi bayi itu yang menjaga, memandikan serta membeli susunya kerana ibu bayi tersebut tidak bekerja," kata peguam berkenaan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Zuraini Ab Hamid memohon mahkamah mengenakan hukuman berat terhadap tertuduh kerana menyebabkan kematian bayi yang tidak berdosa.

"Bayi itu telah menanggung azab selama 10 jam berkeadaan panas dalam kereta dan kekurangan oksigen sebelum kematiannya," katanya.

Mengikut fakta kes, pada malam tersebut Hooi telah membawa Low keluar dan pulang ke rumah pada jam 2 pagi. Sejurus tiba di rumah pada pukul 2 pagi tertuduh telah mengunci kereta dan terus naik ke atas rumah.

Hanya pada pukul 12 tengah hari, tertuduh turun dari rumah dan melihat mangsa dalam keadaan mulutnya berbuih dan telah menghantar mangsa ke hospital yang kemudiannya mengesahkan bayi meninggal dunia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan