Tiada Semakan Semula Kes Video Klip V.K Linggam - Mahkamah Persekutuan

Diterbitkan: Selasa, 13 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan pada Selasa membuat keputusan bahawa tidak perlu dibuat semakan semula terhadap hasil penemuan oleh Suruhanjaya Diraja yang menyiasat klip video kontroversi melibatkan peguam Datuk V.K.Lingam yang didakwa cuba campur tangan dalam pelantikan hakim.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan terdiri Presiden Mahkamah Rayuan yang baru, Hakim Tan Sri Md Raus Sharif, Ketua Hakim Malaya yang baru, Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Abdull Hamid Embong yang membuat keputusan sebulat suara itu, mendapati bahawa Suruhanjaya Diraja itu sekadar membuat penemuan dan perakuan dan bukannya satu keputusan selepas mendengar keterangan ketika menyiasat klip video peguam berkenaan yang didakwa cuba menggunakan pengaruhnya dalam pelantikan hakim.

Hakim Md Raus, yang membacakan keputusan mahkamah itu, berkata bahawa kedudukan Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara, Tun Eusoff Chin dan Tun Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim, tidak terjejas teruk akibat daripada penemuan suruhanjaya itu.

Mahkamah membuat keputusan itu selepas membenarkan rayuan Suruhanjaya Diraja itu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang membenarkan Lingam dan dua bekas Ketua Hakim Negara berkenaan, membuat rayuan bagi mencabar keputusan suruhanjaya itu. Suruhanjaya terdiri lima anggota itu, dalam laporannya, memperakukan supaya tindakan sewajarnya diambil terhadap enam individu terdiri Lingam, Eusoff, Ahmad Fairuz, jutawan Tan Sri Vincent Tan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor kerana salah laku.

Laporan itu menyebut bahawa terdapat keterangan prima facie bagi menyiasat mereka ini berhubung kesalahan mengikut Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi, Kanun Keseksaan dan Akta Profesion Guaman.

Suruhanjaya itu mendapati bahawa klip video berkenaan adalah tulen dan Lingam merupakan orang yang dilihat sedang bercakap (melalui telefon) dengan Ahmad Fairuz. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan