Minggu Yang 'Kering' Selepas Raya

Diterbitkan: Sabtu, 10 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SEMINGGU selepas meraikan sambutan berkembar, Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan, perbicaraan kes-kes yang berprofil tinggi masih belum bersidang.

Ruangan mahkamah di mana-mana organisasi media juga masih sepi dan sesekali diserikan dengan kehadiran kes-kes harian sehingga menyebabkan ada masanya penulis segan untuk pulang ke pejabat dengan tangan yang kosong tanpa bahan berita.

Ketiadaan bahan bukanlah sesuatu yang disengajakan, kerana sudah pasti sebagai seorang wartawan, penulis tidak boleh mengada-adakan berita atau sewenang-wenangnya menggoreng satu cerita biasa sehingga 'hangit' satu pejabat hanya kerana mahukan sesuatu yang sensasi.

Adalah diluar kemampuan penulis, apabila cuti panjang sempena perayaan tersebut diikuti dengan persidangan tahunan Hakim-Hakim Mahkamah Tinggi di ibu negara yang bermula pada Rabu lalu dan telah melabuhkan tirainya pada Jumaat.

Persidangan itu menyebabkan beberapa kes yang telah dijadualkan lebih awal seperti perbicaraan kes pembunuhan jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga rakannya yang sepatutnya bersambung pada Isnin lalu perlu dianjakkan ke minggu hadapan untuk memberi laluan hakim menghadiri persidangan tersebut.

Begitu juga dengan pendengaran semakan yang difailkan oleh Peguam Negara terhadap keputusan terbuka dalam inkues kematian Teoh Beng Hock, seorang pembantu politik kepada EXCO Selangor, Ean Yong Hian Wah yang dijadualkan pada Rabu, telah ditundakan atas alasan yang sama.

Sepanjang persidangan berlangsung, Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Majistret serta Mahkamah Syariah menjadi 'penyelamat' kepada penulis dan rakan-rakan seangkatan kerana sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa bersalah untuk 'makan gaji buta'.

Bagaimanapun, rasa 'bersalah' ini akan berkurangan pada minggu hadapan kerana beberapa kes berprofil tinggi akan kembali bermula, termasuk dua atau lebih kes syariah - seperti perbicaraan kes tuntutan nafkah anak A.C Mizal dan juga kes khalwat pelakon Razak Ahmad.

Ada kalanya penulis berasa, kekurangan kes selepas raya juga mendatangkan 'kebaikan' kerana otak masih belum benar-benar 'panas' manakala badan pun masih 'lembik' kerana banyak mengambil makanan bersantan dan berkalori pada majlis rumah-rumah terbuka.

Maklumlah, makanan raya mesti mengandungi santan - rendang, lemang, dodol, kuah lodeh, mee kari - atau berkarbohidrat - ketupat - manakala air yang dihidangkan juga sentiasa manis adakalanya melebihi manisnya senyuman tuan rumah semasa menyambut tetamu.

Apatah lagi, jika dalam sehari ada dua atau tiga rumah yang perlu diziarahi, sudah pasti perut boleh kembung dan senak walaupun menjamah hidangan dengan menggunakan taktik 'sekadar merasa' di setiap rumah.

Dalam bulan raya ini juga, Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi akan meninggalkan badan kehakiman apabilla bersara wajib usia persaraan 66 tahun pada Isnin depan.

Kekosongan yang ditinggalkan oleh Zaki akan diambil alih oleh Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria dan pelantikan itu akan berkuat kuasa pada 12 September ini.

Sejak menjadi Ketua Hakim Negara pada Oktober 2008, Zaki mengorak pelbagai transformasi seperti penggunaan teknologi moden dan kaedah alternatif dalam menyelesaikan pertikaian termasuk melalui proses pengantaraan bagi mengurangkan bilangan kes tertunggak.

Khamis lalu, Zaki kelihatan lebih ceria semasa membacakan penghakiman terakhirnya di dalam satu kes rayuan yang difailkan oleh dua kumpulan orang asal Sarawak berhubung penghapusan status tanah adat mereka.

Penulis tidak banyak kesempatan untuk mengikuti penghakiman Zaki, tetapi mahu merakamkan setinggi-tinggi pernghargaan dan ucapan terima kasih kepada jasa dan pengorbanan yang telah dicurahkan kepada badan kehakiman.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan