Kes Remaja Bunuh Bayi Dipindah Ke Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Majistret di sini membenarkan agar kes seorang remaja Myanmar yang didakwa membunuh bayi perempuan yang baru dilahirkannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi untuk dibicarakan.

Majistret Norkamilah Aziz membenarkan permohonan untuk memindahkan kes tersebut pada prosiding sebutan yang diadakan pada Khamis.

Tertuduh, Nur Aishah Abdullah, 23, didakwa melakukan kesalahan itu pada pukul 9 pagi, 25 Januari lalu di sebuah rumah nombor 4, Lot 9902, Batu 4, Kampung Jawa, di sini.

Bagi kesalahan itu, Nur Aishah yang memegang status pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Bagi Pelarian (UNCHR) didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Berdasarkan laporan media sebelum ini, Nur Aishah didakwa menikam bayi tersebut yang dilahirkan di dalam sebuah tandas sebanyak lima kali dengan menggunakan objek tajam. Bayi malang itu ditemui di dalam sebuah bungkusan plastik di tandas sebuah rumah teres.

Pada prosiding itu, pihak pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Husnita Mohd Radzi manakala tertuduh diwakilli oleh peguam Gerard Lazarus.

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan