Judi: Mahkamah Majistret Sungai Petani Denda 13 Pemuda

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SUNGAI PETANI: Tiga belas pemuda pada Khamis dijatuhi hukuman denda masing-masing RM400 selepas semua mereka mengaku bersalah terhadap pertuduhan berjudi.

Semua mereka, Mohamad Faiz Mohd Rejab, 22, Shazuan Shafie, 21, Mohamad Solihin Samsudin, 21, Zaki Salim, 21, Mohd Alif Hashim, 24, Mohd Hafis Awang, 24, Mohamad Hasmizi Hasmi, 21, Muhamad Mufti Muin, 30, Hafizan Husin, 27, Muhammad Fadzli Adzami, 24, Muhamad Noridham Abdul Razak, 22, Mohd Izuan Hasan, 23 dan Saiful Hisham Abdul Halim, 31 berasal dari daerah Kuala Muda.

Mereka mengaku bersalah selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka di hadapan Majistret Khairul Hafizuddin Ramli.

Khairul Hafizuddin kemudian menjatuhkan hukuman denda RM400 tiap seorang atau penjara 14 hari sekiranya gagal menjelaskannya, dan mereka kemudian menjelaskan denda tersebut.

Mereka diberkas ketika bermain judi menggunakan daun pakau dan wang sebagai pertaruhan oleh sepasukan anggota polis yang menyerbu sebuah rumah nombor 524 Kampung Berapit, Tikam Batu, Kuala Muda kira-kira pukul 3.20 pagi 22 Ogos lepas.

Dalam serbuan itu polis merampas wang tunai pertaruhan berjumlah RM39 di atas meja judi. Pemuda-pemuda tersebut dituduh secara bersama bermain judi menggunakan daun pakau didakwa mengikut Seksyen 6(1) Akta rumah Judi Terbuka 1953 dan dibaca bersama Kanun Keseksaan.

Timbalan Pendakwaraya, Muhammad Syaiful Akmal Mohamad Razi menjalankan pendakwaan. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan