Bekas Kerani Bebas Tuduhan Pecah Amanah 150 Kampit Beras

Diterbitkan: Khamis, 8 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas kerani pasar raya Giant dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis terhadap pertuduhan pecah amanah melibatkan 150 kampit beras bernilai hampir RM10,000.

Hakim Che Mohamad Zulkifly Jusoh membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Zulkhairi Abdullah, 28, yang berasal dari Kedah.

Mengikut kertas pertuduhan, Zulkhairi didakwa pecah amanah terhadap 480 kampit beras Jasmine Super dengan menyalahgunakan 150 kampit beras jenis itu iaitu menyerahkannya kepada pekerja Jasmine Food Corporation Sdn Bhd untuk dijual tanpa kebenaran pasar raya terbabit.

Dia yang diberhentikan selepas empat hari bekerja, didakwa melakukan kesalahan itu di pasar raya Giant Taman Setiawangsa di sini pada 24 Dis 2008, 8.30 pagi dan 27 Dis 2008, 10.41 pagi.

Bagi kesalahan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan dan denda, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Aishah KM Abu Bakar manakala Zulkhairi diwakili peguam Noor Ariff Delia. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan