Terima Deposit Haram: Dua Pengarah Diarah Bela Diri

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Sesyen di sini pada Rabu, memerintahkan dua pengarah sebuah syarikat skim cepat kaya, Business Time Dina Sdn Bhd untuk membela diri atas pertuduhan menerima deposit berjumlah RM200,000 tanpa lesen, dua tahun lalu.

Hakim S.M Komathy membuat keputusan itu terhadap Hasri Mohd Noor, 41, dan Hazlan Abd Hamid, 39, selepas berpuas hati pihak pendakwaan telah berjaya membuktikan prima facie terhadap pertuduhan yang dihadapi mereka.

Beliau seterusnya menetapkan 12 September ini untuk kedua-dua tertuduh berbuat demikian.

Perbicaraan sebelum ini melibatkan 15 saksi pendakwaan.

Hasri dan Hazlan didakwa menerima deposit terbabit daripada sebuah syarikat tanpa lesen di bawah Seksyen 6(4) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (Akta372) pada 25 Februari 2008 di Wisma MPL, Jalan Raja Chulan, di sini.

Syarikat Business Time Dina turut didakwa melakukan perbuatan yang sama pada masa, waktu dan tempat sama.

Pendakwaan terhadap kedua-dua tertuduh dilakukan di bawah Sekyen 25(1) Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun atau denda RM10 juta atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Pendakwa dari Bank Negara Alvin Ong Heng Kiat dan Mohd Shukri Ahmad Mansur.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan