Pandu Melulu: Pemandu Bas Ekspres Dipenjara Empat Tahun

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Seorang pemandu bas ekspres pada Rabu dihukum penjara empat tahun dan denda RM10,000 atau enam bulan penjara sekiranya gagal membayar denda itu oleh Mahkamah Trafik di sini kerana memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian 10 penumpang, dua tahun lepas.

Majistret Mohamed Ruhizat Abdullah turut memutuskan supaya lesen memandu Mohd Kamil Mohd Rashid, 39, dari Yan, Kedah digantung selama tiga tahun.

Pemandu bas ekspres dua tingkat Sani Express itu dituduh memandu bas bernombor pendaftaran WSX 5010 secara melulu pada kira-kira pukul 1 pagi di Km272.7, Lebuh Raya Utara-Selatan pada 26 Disember 2009.

"Keputusan mahkamah ini menjadi pengajaran kepada tertuduh dan pesalah lain supaya lebih berhati-hati di jalan raya terutama ketika memandu bas bertingkat," kata Mohamed Ruhizat.

Beliau berkata pihak pembelaan telah gagal menimbulkan keraguan yang munasabah dan mahkamah tiada pilihan selain mensabitkan kesalahan terhadap tertuduh.

Beliau berkata mahkamah menerima fakta bahawa keadaan bas terhuyung hayang kiri ke kanan sejurus sebelum kejadian tetapi ia tidak dapat mengelak tertuduh daripada didapati bersalah dan disabitkan kesalahan.

Katanya, walaupun tertuduh memandu hanya melebihi satu kilometer perjam (km/j) daripada yang ditetapkan iaitu 90km/j, ia tetap membahayakan ketika memandu kenderaan bas dua tingkat selain daripada faktor keadaan jalan.

Nahas berkenaan menyebabkan kematian pasangan suami isteri Shaharin Mohd Noor, 61, dan Supiah Adam, 46; Mohd Shukri Mohd Ali, 22; Mohd Bilal Osman, 22; dan Sharifah Raheel Al-Junid Syed Harun, 21; bersama adiknya Sharifah Hasanah,15. -BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan