Dua Lelaki Didakwa Bunuh Bekas Komando

Diterbitkan: Rabu, 7 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua lelaki dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Rabu, atas tuduhan membunuh seorang bekas komando Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut DiRaja Malaysia (TLDM), Shariff Din, minggu lalu.

Tertuduh, Zakaria Ali, 32, dan Wan Farid Wan Ramli, 24, hanya mengaku bahawa mereka faham akan pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Siti Shakirah Moktaruddin.

Kedua-dua mereka didakwa membunuh Shariff, 47, pada pukul 3.15 pagi, 28 Ogos lalu di bawah Blok A, PPR Taman Wahyu 2, Off Jalan Ipoh, dekat sini.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Abu Hassan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, Zakaria dan Wan Farid tidak diwakili peguam.

Siti Shakirah menetapkan kes disebut semula pada 8 November depan.

Media sebelum ini melaporkan, Shariff maut akibat ditikam oleh salah seorang daripada dua lelaki yang sedang memecah sebuah kereta milik penduduk di kawasan perumahan itu.

Jenazah bapa kepada empat orang anak itu dibawa pulang ke Parit Buntar, Perak, untuk dikebumikan di sana.

Pada 3 September lalu, Ketua Polis Sentul Asisten Komisioner (ACP) Zakaria Pagan menyampaikan surat penghargaan dan sumbangan wang kepada balu allahyarham, Fauziah Ahmat Alwi, 50, di rumahnya di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Wahyu, Jinjang, di sini.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan