Penjual Bunga Dipenjara, Denda RM10,000

Diterbitkan: Selasa, 6 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Hanya kerana mahu 'menyelamatkan' saudara yang tidak mempunyai lesen, seorang penjual bunga melor dihukum penjara sehari dan denda RM10,000 kerana memberi rasuah kepada seorang anggota polis trafik, bulan lalu.

Ironinya, suapan yang diberikan oleh tertuduh, S. Manogaran hanya berjumlah RM20, tetapi Hakim Mahkamah Sesyen di sini, Asmadi Hussin memberitahu denda tersebut adalah jumlah minimum yang diperuntukkan oleh undang-undang.

Dalam penghakimannya pada Selasa, Asmadi juga memerintahkan agar tertuduh yang tidak diwakili peguam menjalani hukuman penjara selama enam bulan, jika gagal menjelaskan denda itu.

Manogaran, 30, didakwa memberi suapan RM20 kepada anggota trafik di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang, dekat sini Koperal Firdaus Brohan pada pukul 12.45 pagi. 31 Julai lalu di Plaza Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras - Kajang, dekat sini.

Suapan itu didakwa sebagai dorongan untuk Firrdaus tidak mengeluarkan saman terhadap G. Maheswaran yang semasa itu melakukan kesalahan menunggang motosikal tanpa lesen yang sah.

Pada prosiding itu, tertuduh merayu kepada Asmadi agar menjatuhkan hukuman yang ringan kerana dirinya akan berkahwin pada bulan hadapan menyebabkan hakim berkenaan bertanyakan mengenai kad jemputan perkahwinan tertuduh.

"Saya belum buat lagi," katannya dan mengakui bahawa semasa kejadian berlaku, dia membonceng motosikal terbabit.

Manogaran seterusnya memberitahu, dia turut menanggung perbelanjaan orang tuanya dan berikrar tidak akan melakukan kesalahan di masa hadapan.

Asmadi kemudiannya berkata, tertuduh seharusnya membiarkan Maheswaran untuk bertanggungjawab terhadap kesalahan yang dilakukannya.

"Dia yang buat kesalahan tetapi kamu pula yang dipenjarakan. Lain kali, jangan campur tangan dalam masalah orang lain, biar dia yang selesaikan sendiri.

"Ini semata-mata hal RM20 punya pasal. Ingat ada benda yang tidak boleh dibeli," nasihat Asmadi.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan