Ahli Perniagaan Bebas Tuduhan Perdagang Wanita Indonesia - Berita Mahkamah | mStar

Ahli Perniagaan Bebas Tuduhan Perdagang Wanita Indonesia

Diterbitkan: Isnin, 5 September 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Seorang ahli perniagaan yang juga ibu kepada enam orang anak, pada Isnin dilepas dan dibebaskan daripada tuduhan memperdagangkan dua warganegara Indonesia untuk tujuan pelacuran, tahun lalu.

How Ah Oong, 47, yang berdiri di kandang pesalah Mahkamah Sesyen di sini, dilihat tersenyum menerima keputusan yang dibuat oleh Hakim Rozina Ayob.

Dia didakwa memperdagangkan Yulia Citra, 31, dan Arab Kandokong Madik, 22, pada pukul 9.30 malam, 3 Mac 2010 di Kafe Rumah Mas, nombor 26A, Jalan Taman Mayang Mas BM1/2, Taman Mayang Mas, Kelana Jaya, di sini.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 12 Akta Anti Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Shah Rizal Abdul Manan manakala How diwakili oleh peguam Suraj Singh.

Terdahulu, Rozina pada penghakimannya berkata, beliau mendapati siasatan yang dilakukan oleh pegawai penyiasat, Inspektor Hafiz Ahmad adalah kurang memuaskan.

Tambahnya, Hafiz telah gagal untuk membawa kedua-dua mangsa ke hospital untuk membuktikan mereka telah dipukul atau dipaksa untuk mengadakan hubungan seks.

Selain itu, Rozina juga berkata, pegawai terbabit juga gagal untuk membuktikan bahawa wanita berkenaan telah dikurung secara salah ataupun telah dipaksa untuk melacurkan diri.

Berhubung isu dikurung secara salah, beliau seterusnya berkata, perkara itu juga diragui kerana kedua-dua mangsa mempunyai telefon bimbit yang dapat digunakan bagi menghubungi rakan untuk diselamatkan.

“Pegawai penyiasat (yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ketujuh) pada keterangannya mengakui bahawa bukti hanya diperoleh menerusi rakaman percakapan mangsa sahaja,” katanya.

Selain itu, Rozina juga berkata, pihak polis juga tidak menyiasat pemilik premis terbabit apabila tidak membuat pemeriksaan terhadap bil air dan elektrik serta tiada keterangan yang dapat membuktikan bahawa kondom telah diperoleh daripada tempat kejadian.

Justeru itu, Rozina berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal untuk membuktikan prima facie terhadap tuduhan yang dihadapi oleh How.

“Selepas meneliti keterangan saksi-saksi dan hujahan yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak, mahkamah melepas dan membebaskan tertuduh tanpa dipanggil untuk membela diri,” Kata Rozina.

   

iklan

Video

Selasa, 19 Jun 2018 1:13 PM

Takdir ibu & anak 'pergi' bersama

Selasa, 19 Jun 2018 8:30 AM

Cabaran anyam ketupat!

Isnin, 18 Jun 2018 8:00 AM

mStar teka lagu Raya - Challenge

Jumaat, 15 Jun 2018 6:00 AM

Raikan Syawal, bukan 'membawang'

Rabu, 13 Jun 2018 3:40 PM

Perihal suka iklankan maksiat di Instagram

Rabu, 13 Jun 2018 8:00 AM

Jangan sibuk main 'game' dalam bulan puasa

Selasa, 12 Jun 2018 4:06 PM

Cabaran RM15 di bazar Ramadan

Selasa, 12 Jun 2018 9:00 AM

Wartawan mStar pening pilih baju raya

Kolumnis

iklan

Iklan