Tiga Bangladesh Didakwa Bunuh Dua Beranak

Diterbitkan: Sabtu, 27 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

AMPANG: Tiga minggu selepas negara digemparkan dengan penemuan mayat wanita dikerat 15 bahagian, tiga lelaki warga Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini pada Jumaat, berhubung jenayah tersebut.

Abd Razak Tofazzalhossain, 24, didakwa atas tuduhan membunuh wanita malang itu, Siti Sando, 35, yang berasal dari Indonesia pada antara pukul 11 pagi dan 5 petang, 29 Julai lalu.

Dia juga didakwa bersama-sama seorang lagi rakan senegara, Md Ripon Mondal Krndobosois, 26, atas tuduhan membunuh anak lelaki Siti, Mohd Shukri, dua tahun, pada waktu dan hari yang sama.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di unit nombor 40, tingkat 5, Blok Chyrssaa, Apartmen Astaria, di sini.

Dengan pendakwaan tersebut, Abd Razak dan Md Ripon kini berhadapan dengan hukuman mati mandatori yang diperuntukkan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.

Kedua-dua mereka sekadar menjawab faham akan pertuduhan tanpa sebarang pengakuan direkodkan.

Pada prosiding sama, seorang lagi warga Bangladesh, Mosharraf Hossain, 23, didakwa atas tuduhan melupuskan mayat Siti dan Mohd Shukri yang didakwa dilakukannya pada antara pukul 11.20 pagi, 29 Julai lalu dan 11 pagi, 3 Ogos lalu di tempat yang sama.

Dia didakwa melakukan kesalahan tersebut dengan niat mahu melindungi individu yang melakukan jenayah tersebut daripada tindakan undang-undang.

Mosharraf didakwa mengikut Seksyen 201 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Dia pada awalnya mengaku bersalah terhadap pertuduhan tersebut, bagaimanapun kelihatan agak ragu-ragu selepas diterangkan hukuman yang boleh dikenakan dengan pengakuan tersebut.

Lelaki berkenaan seterusnya memberitahu dia tidak memahami pertuduhan yang dibacakan terhadapnya oleh jurubahasa mahkamah menyebabkan pengakuan salah itu tidak diterima.

Sehubungan itu, Timbalan Pendakwa Raya Faridah Nurdinie Bahrum memohon agar mahkamah menetapkan tarikh sebutan lain bagi membolehkan seorang jurubahasa Bangladesh hadir ke mahkamah.

Majistret Wan Karimah Wan Ab Ghani membenarkan permohonan itu dan menetapkan 29 September ini sebagai tarikh sebutan semula.

Pada 4 Ogos lalu, media menyiarkan polis telah menemui keratan tubuh dan organ manusia termasuk usus dalam beberapa beg plastik serta dalam mangkuk tandas di sebuah unit di tingkat lima Pangsapuri Astaria, Taman Kosas, Ampang.

Selepas siasatan awal, polis mengesahkan kesemua beg plastik itu mengandungi keratan mayat seorang wanita dan seorang kanak-kanak lelaki yang pada mulanya dianggarkan berusia antara lima dan enam tahun.

Mayat dua beranak tersebut ditemui dalam keadaan reput dan berbau busuk kerana dipercayai telah dibunuh seminggu sebelum ditemui.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan