Wanita Rakyat Guinea Dihukum Gantung Edar Dadah Di KLIA

Diterbitkan: Jumaat, 26 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang wanita rakyat Guinea dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh Mahkamah Tinggi di sini Jumaat selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis Methamphetamine seberat 1,743 gram di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang, tahun lepas.

Hakim Noor Azian Shaari menjatuhkan hukuman itu selepas berpuas hati bahawa pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan yang munasabah terhadap kes pendakwaan.

Dalam penghakiman ringkasnya, Noor Azian berkata beliau langsung tidak mempercayai keterangan tertuduh, Philomene Thea, 33, dan mendapati pembelaan wanita itu tidak konsisten, tidak logik dan tidak masuk akal.

Justeru, beliau berkata tertuduh disabitkan atas pertuduhan dan dijatuhi hukuman mandatori iaitu gantung sampai mati.

Thea, bekas jurutera komunikasi di negaranya, didakwa melakukan kesalahan itu di cawangan pemeriksaan penumpang 1, Balai Ketibaan Antarabangsa KLIA, kira-kira 9.05 malam pada 19 Februari tahun lepas.

Dadah itu ditemui di dalam bagasi milik tertuduh yang masuk ke negara ini untuk kali kedua.

Wanita itu yang mempunyai seorang anak perempuan berumur 10 bulan yang dilahirkan di dalam penjara, didakwa mengikut Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan dihukum mengikut Seksyen 39B (2) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman mati mandatori.

Seramai lima saksi pendakwaan dan dua saksi pembelaan dipanggil memberi keterangan sepanjang perbicaraan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Kastam Diraja Malaysia Gan Peng Kun sementara tertuduh diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan