Sabitan, Hukuman Penjara Bekas Jurulatih PLKN Kerana Merogol Dikekalkan

Diterbitkan: Selasa, 23 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Bekas jurulatih Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Koperal Zuki Mohd diperintahkan untuk menjalani hukuman penjara 12 tahun dan tiga sebatan kerana kesalahan merogol seorang pelatih PLKN tujuh tahun lepas.

Panel tiga hakim Mahkamah Rayuan iaitu Datuk Ramly Ali, Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad dan Datuk Azahar Mohamed mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen Terengganu pada 19 Dis, 2005 yang mensabitkan dan memenjarakan Zuki bagi kesalahan itu.

Pihak pendakwaan merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi Terengganu yang membenarkan rayuan Zuki bagi dibebaskan daripada pertuduhan itu.

Zuki, 36, telah menjalani hukuman penjara selama tiga tahun dan 10 bulan sebelum pembebasannya, apabila Mahkamah Sesyen menolak permohonannya bagi penangguhan pelaksanaan hukuman dan sabitannya sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi.

Dia telah dibebaskan pada 27 Okt, 2009 apabila Mahkamah Tinggi membebaskannya daripada pertuduhan merogol pelatih berumur 17 itu dalam kereta Perodua Kancil antara 7.28 malam dan 9.10 malam pada 28 Feb,2004 di sebuah kawasan pertanian di Rhu Tapai, Setiu, Terengganu.

Hakim Ramly memutuskan bahawa Mahkamah Tinggi tidak sepatutnya mengangggu keputusan Mahkamah Sesyen yang mendengar dan menerima keterangan mangsa sebagai betul.

Beliau berkata Mahkamah Sesyen juga menerima penjelasan mangsa mengenai kenapa terdapat kelewatan dalam membuat laporan polis.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk V.T.Singham membebaskan Zuki atas alasan tiada penjelasan munasabah diberikan kenapa gadis itu membuat laporan polis 44 hari selepas kejadian rogol itu didakwa berlaku.

Terdahulu, mahkamah mendengar hujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Tetralina Ahmad Fauzi yang menggesa mahkamah mengekalkan sabitan terhadap Zuki, menyatakan mangsa yang sedang menjalani latihan khidmat negara di kem PLKN di Setiu, berada di bawah jagaannya tetapi dia mengkhianati kepercayaan itu.

Katanya tidak mungkin mangsa mereka-reka dakwaan kejadian rogol itu kerana gadis itu telah menceritakan kejadian itu kepada rakannya pada keesokkannya selepas dia dirogol.

Tetralina berkata komander kem tahu mengenai perkara itu tetapi tidak membuat laporan polis dan menurutnya mangsa tidak patut dipersalahkan atas kelewatan membuat laporan polis.

Zuki diwakili peguam Datuk Shukri Mohamed. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan