Warga Thai, Indonesia Dihukum Gantung Sampai Mati

Diterbitkan: Ahad, 21 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Mahkamah Tinggi di sini pada Ahad menjatuhkan hukuman gantung sampai mati terhadap seorang warganegara Thailand dan Indonesia selepas didapati bersalah mengedar dadah jenis kanabis seberat 222,028 gram tiga tahun lalu.

Hakim Datuk Zakiah Kassim membuat keputusan itu terhadap warga Indonesia Effendi, 25, dan warga Thailand Sakri Yadam, 24, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes tanpa keraguan.

Kedua-dua tertuduh didakwa melakukan kesalahan terbabit pada 17 Jan 2008 kira-kira pukul 12.30 tengah malam di 4.4 batu nautika dari pantai Kuala Kedah pada kedudukan 06 darjah 06.06 Utara, 100 darjah 12.45 Timur dalam daerah Kota Setar di sini.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Wan Nor Hasnita Wan Daud, manakala kedua tertuduh diwakili peguam Ranjit Singh Dhillon.

Zakiah berkata dalam kes itu pihak pendakwaan memanggil 11 saksi, manakala keterangan kedua-dua tertuduh semasa pembelaan adalah rekaan dan penafian semata-mata.

Sementara itu, di mahkamah sama seorang pendawai elektrik, M. Vijay Kumar, 32, turut dijatuhi hukuman gantung sampai mati selepas didapati bersalah mengedar 223.82 gram dadah (211.62 heroin dan 12.20 monoacetylmorphines) dua tahun lalu.

Hakim Datuk Mohd Azman Hussin menjatuhkan hukuman itu terhadap Vijay Kumar selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan tertuduh melakukan kesalahan itu pada 26 Ogos 2009 pukul 9.05 malam di hadapan Hotel Park Avenue, Taman Sejati Indah, Sungai Petani.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Norhayati Ibrahim manakala Vijay Kumar diwakili peguam RSN Rayer. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 18 Disember 2017 2:45 PM

Kecoh Naim Daniel 'Berduet' Dengan Hantu

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Kolumnis

iklan

Iklan