Kilang Biskut Fail Saman Terhadap TNB Kerana Ceroboh Kilangnya

Diterbitkan: Jumaat, 19 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebuah kilang membuat biskut, Yu-Ai Food Industries Sdn Bhd, hari ini memfailkan saman terhadap Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang didakwa menceroboh masuk ke premis kilang itu.

Selain itu, kilang itu turut mendakwa TNB telah merosak harta bendanya.

Pengarah urusannya Leong Kam Onn hadir di mahkamah untuk memfailkan saman itu melalui Tetuan Keppy Wong di pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi di sini.

Dalam penyataan tuntutannya, Leong, 52, mendakwa kilangnya di Balakong telah diceroboh oleh sekumpulan pegawai, pekerja dan staf TNB (defendan) bersama polis bantuan dengan memanjat tembok pagar pada 24 Februari lepas.

Plaintif turut mendakwa defendan pada hari berikutnya iaitu pada 25 Februari, telah mencerobohi bilik meter kilang tersebut dengan merosakkan penutup besi serta melakukan kerja-kerja "pembaikan " ke atas meter eletrik plaintif tanpa kebenaran dan pengetahuan plaintif.

Selain itu, plaintif mendakwa defendan juga dengan tanpa bukti sokongan menuduh plaintif telah mengusik meter eletrik di kilang tersebut dan menuntut caj terkurang/kebelakangan sebanyak RM218,234.12 yang terdiri dari bulan Julai 2010 hingga Februari tahun ini.

Dalam pernyataan itu, plaintif turut mengakui bahawa tindakan pegawai, pekerja /wakil defendan memasuki kilang tersebut pada 24 Februari lalu dengan memanjat pagar dan memasuki kilang serta memecahkan pintu besi adalah satu pencerobohan haram.

Syarikat itu turut menyatakan bahawa kilang itu turut menerima notis daripada TNB bertarikh 28 Mac lepas yang mengugut untuk memotong bekalan eletrik di kilangnya sekiranya mereka tidak membuat pembayaran jumlah tersebut.

Berikutan tindakan yang dilakukan oleh defendan, plaintif mendakwa perbuatan itu adalah tidak sah di sisi undang-undang serta tindakan defendan mengeluarkan notis kepada plaintif untuk memotong bekalan eletrik di kilang tersebut adalah tidak munasabah, berniat jahat dan bersifat menindas serta mengugut plaintif.

Justeru itu, plaintif menuntut satu deklarasi bahawa notis pemotongan itu adalah tidak sah, dan batal serta satu perintah ke atas defendan untuk mengembalikan wang RM218,234.12 kepada plaintif atau sejumlah mana yang telah dibayar oleh plaintif kepada defendan secara paksaan.

Plaintif turut menuntut ganti rugi pencerobohan selain ganti rugi teruk dan teladan, faedah sebanyak lapan peratus, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Sementara itu, Wong ketika ditemui pemberita memaklumkan kes permohonan injunksi untuk mengelakkan sebarang pemotongan eletrik di kilang itu akan didengar di hadapan Hakim Harmindar Singh Dhaliwal Isnin ini. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan