Tuntutan Qazaf: Anwar Fail Permohonan Halang Zainul Rijal Wakili Jawi

Diterbitkan: Khamis, 18 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang gagal meneruskan tindakan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, memfailkan permohonan bagi menghalang seorang peguam syarie daripada mewakili Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) dalam rayuannya.

Beliau memohon mahkamah supaya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar ditegah dan tidak dibenar mewakili Ketua Pendakwa Syarie Wilayah Persekutuan, Shamsuddin Hussain, Pengarah Jabatan Agama Islam (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali, dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dalam rayuannya itu.

Anwar memfailkan permohonannya di pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan Syariah di sini hari ini, dengan alasan bahawa Zainul Rijal berkelakuan tidak profesional, tidak bersifat jujur dan tidak berniat baik untuk menegakkan keadilan.

Beliau mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas Mahkamah Tinggi menolak permohonannya supaya memerintahkan pendakwaan syarie meneruskan pertuduhan qazaf terhadap bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26.

Pertuduhan qazaf ialah membuat tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina tanpa membawa empat saksi lelaki, dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara sehingga tiga tahun atau denda sehingga RM5,000 atau kedua-duanya sekali. Rayuan itu belum didengar. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 10:30 AM

Bakat Namron Ditidakkan?

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan