Bekas KPN Enggan Ditemu Bual Berhubung Kes Anwar

Diterbitkan: Rabu, 17 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Temu bual peguam yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan pada Rabu, hanya berlangsung selama lebih kurang lima minit.

Peguam S.N. Nair, yang mewakili Anwar, berkata sesi itu dihentikan apabila Musa membayangkan hasratnya untuk menggunakan haknya untuk tidak ditemu bual.

Pada 8 Ogos, Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah membenarkan pasukan peguam yang mewakili Anwar menemu bual saksi dengan syarat mendapat persetujuan mereka yang terlibat (para saksi) sebelum mereka memberi keterangan di mahkamah.

Pada Isnin pula, beliau memberitahu pihak yang terlibat dalam perbicaraan kes itu bahawa tanpa mengambil kira hasil temu bual berkenaan, perbicaraan akan disambung pada 22 Ogos ini.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa bekas pembantu pemimpin pembangkang itu Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang juga pengadu dalam kes berkenaan, adalah saksi yang bercakap benar serta boleh dipercayai.

Anwar, 64, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap pertuduhan melakukan hubungan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara pukul 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan