Liwat II: Anwar Bela Diri Isnin Depan

Diterbitkan: Isnin, 15 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini menangguhkan pembelaan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sepatutnya bermula pada Isnin.

Hakim Datuk Mohamad Zabidin Md Diah membenarkan penangguhan itu yang merupakan kali kedua, selepas pihak pendakwaan memerlukan masa selama seminggu untuk menyediakan enam orang saksi untuk ditemubual oleh barisan pembelaan.

Beliau yang menetapkan agar kes itu didengar pada Isnin depan, juga memberi peringatan bahawa penangguhan itu merupakan penaangguhan kali terakhir.

"Walau apa yang terjadi, saya mahu perbicaraan membela diri tetap berjalan," katanya.

Sementara itu, pada prosiding sama, peguam Sankara Nair memberitahu bahawa pihaknya berhasrat untuk menemubual enam lagi saksi, termasuk bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan dua pembantu rumah warga Indonesia.

Secara keseluruhan, seramai 19 orang daripada 25 saksi yang berpotensi telah ditemubual termasuk Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Bagaimanapun, media difahamkan bahawa Najib dan Rosmah yang hadir di Kompleks Mahkamah Jalan Duta pada 13 Ogos lalu, enggan menjadi saksi pembelaan kepada Anwar.

Pada 8 Ogos lalu, Hakim Mohamad Zabidin membenarkan permohonan Anwar yang merupakan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu untuk menemubual 15 saksi dengan syarat mereka bersetuju untuk ditemubual.

Beliau juga membenarkan Anwar untuk menghadiri sesi temubual tersebut.

Dalam kes ini, Anwar, 63, diarahkan untuk membela diri atas pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 24, pada antara pukul 3.10 dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di di Unit 11-5-1, Desa Damansara Kondominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, dekat sini.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan