Skandal PKFZ: Saksi Tidak Tahu Nilai Tanah Termasuk Faedah

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang pegawai kanan Kementerian Pengangkutan pada Jumaat memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau tidak mengetahui bahawa penilaian tanah sebanyak RM25 sekaki persegi adalah termasuk faedah, sehinggalah diberitahu oleh pegawai polis tahun lalu.

Bekas Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Maritim, Kementerian Pengangkutan P.Chandrasekaran, 56, berkata selain ASP Mohd Rosni Mohd Lazim yang memaklumkan mengenai perkara itu, beliau juga mendapat maklumat yang sama menerusi akhbar.

Chandrasekaran berkata Mohd Rosni telah memberitahunya bahawa pemahamannya mengenai penilaian tanah itu yang tidak termasuk faedah adalah salah, dan mendorongnya bersetuju dengan Mohd Rosni.

Beliau menyatakan demikian ketika disoal balas peguam Wong Kian Kheong yang mewakili bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik.

Saksi juga turut memberitahu mahkamah bahawa perkara itu hanya diketahuinya pada tahun lepas dan tidak bertindak untuk menulis sebarang surat kepada Kementerian Kewangan atau pihak terlibat bagi menyatakan mengapa kesilapan tersebut berlaku.

Chandarasekaran adalah pegawai yang bertanggungjawap menulis surat berhubung projek Pembangunan Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) kepada ketuanya Timbalan Ketua Setiausaha Perancangan, kementerian itu Datuk Abdul Rahman Mohd Noor sebelum surat tersebut diajukan kepada bekas Menteri Pengangkutan Dr Ling.

Terdahulu Chandrasekaran berkata pada 14 Okt, 2000, beliau telah memaklumkan kepada Dr Ling menerusi memorandum bahawa Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) membuat penilaian tanah di Pulau Indah berasaskan 'special value' pada kadar RM25 sekaki persegi (skp) bagi tempoh bayaran balik 10 tahun.

Menerusi memorandum yang sama, beliau turut menyatakan bahawa jumlah keseluruhan pembayaran kepada Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB) untuk tanah seluas 830 ekar (332 hektar) adalah dianggarkan RM903.8 juta tidak termasuk kadar kupon (faedah) enam peratus.

Selain itu saksi berkata tiada sebarang pembetulan dibuat mengenai nilaian tanah tersebut sebelum dan selepas surat diserahkan kepada Dr Ling, malah Abdul Rahman juga tidak pernah memintanya memperbetulkan maklumat tersebut bahawa nilai tanah itu tidak termasuk faedah hinggalah beliau bertukar ke jabatan lain pada 2004.

Saksi kelima pendakwaan itu turut memberitahu bahawa surat KDSB kepada Ketua Setiausaha Kementerian Pengangkutan juga mengambil nilaian yang sama.

Chandrasekaran yang kini bertugas sebagai Setiausaha Bahagian Udara, kementerian itu turut memberitahu bahawa Abdul Rahman juga tidak pernah memberitahunya bahawa surat cadangan untuk membeli tanah yang dihantar kepada Dr Ling pada 2 Oktober 2000 adalah termasuk jumlah faedah.

Ketika ditanya Wong, adakah anak guamnya ada berbincang dan terlibat di dalam komuniti untuk membeli tanah tersebut, Chandrasekaran berkata: "Tidak."

Dr Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia apabila tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894, yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000, sedangkan dia tahu Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH), dalam menentukan kadar RM25 skp, telah mengambil kira kadar kupon/faedah.

Dia juga berdepan dua pertuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada jemaah menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000.

Dr Ling didakwa melakukan semua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya, antara 25 Sept dan 6 November 2002.

Perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Ahmadi Asnawi bersambung 12 September depan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan