Penganggur Mengaku Salah Bakar Kereta

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang penganggur yang mengaku bersalah atas tuduhan membakar tiga buah kereta pada minggu lalu, bakal mengetahui hukuman yang akan dihadapinya pada Jumaat depan.

Majistret Hafizza Sauni menetapkan 19 Ogos itu selepas menerima pengakuan salah Lee Yean Meng, 27, yang dibuat di hadapannya pada Jumaat.

Berdasarkan pertuduhan, Lee didakwa melakukan perbuatan khianat dengan membakar sebuah kereta Proton Tiara dan dua buah kereta Produa Kenari yang diletakkan di tepi Jalan Changkat Thambi, Dollah, Dang Wangi, di sini pada pukul 8.45 malam, 6 Ogos lalu.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Noor Mawarni Abd Halim mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

Sementara menanti hukuman, Noor Mawarni menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 diberikan kepada tertuduh, bagaimanapun tertuduh merayu agar jumlah tersebut dapat dikurangkan kerana bapanya yang bekerja sebagai seorang peniaga tidak mampu untuk menyediakan wang sebanyak itu.

"Duit yang kami dapat hanya cukup-cukup makan sahaja," katanya.

Selepas menimbangkan rayuan tersebut, Hafizza membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM5,000 dengan seorang penjamin.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan