Mahkamah Benar Permohonan Injunksi MCA

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi di sini pada Jumaat, membenarkan permohonan injunksi oleh MCA untuk menghalang Majlis Perbandaran Kajang (MPKj) daripada memasuki dan mengunci bangunan milik parti tersebut di Batu 11, Cheras, dekat sini, sehingga kes tersebut diputuskan sepenuhnya oleh mahkamah.

Hakim Datuk Wan Afrah Wan Ibrahim yang membuat keputusan itu di dalam kamarnya, seterusnya menetapkan kes itu dibicarakan pada 8 dan 9 Februari depan.

Selain itu, beliau juga membenarkan permohonan MCA yang dibuat menerusi Setiausaha Agungnya, Datuk Seri Kong Cho Ha untuk melarang MPkj yang dinamakan sebagai defendan menganggu dan atau mengacau MCA berhubung hak milikan atau daripada menggunakan bangunan tersebut.

MPKj juga diarahkan untuk memulangkan semua ketujuh-tujuh kunci bangunan tersebut yang didakwa ditukar selepas berlaku peralihan kuasa dalam Kerajaan Negeri Selangor.

Pada prosiding itu, MCA diwakili oleh peguam Ringo Low manakala peguam-peguam Lim Lip Eng dan Lewis Lim hadir mewakili MPKj.

Lip Eng ketika ditemui memberitahu, beliau akan berbincang dengan anak guamnya untuk mengetahui sama ada mereka berhasrat untuk mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu.

Pada 23 Mei lalu, Kong memfailkan saman pemula bagi mendapatkan deklarasi bahawa tindakan MPKj memasuki bangunan MCA itu secara paksa dalam tiga kejadian berbeza sekitar November dan Disember tahun lalu adalah menyalahi undang-undang.

Beliau menuntut ganti rugi yang tidak dinyatakan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

Berdasarkan penyataan pembelaannya, MPKj menafikan semua dakwaan plaintif dan mendakwa mereka mempunyai bidang kuasa untuk mengambil alih bangunan itu kerana ia dibina di atas tanah milik kerajaan negeri.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan