Bekas Timbalan Ketua Polis Gombak Bebas Tuduhan Rasuah RM125,000

Diterbitkan: Jumaat, 12 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Bekas Timbalan Ketua Polis Daerah (IPD) Gombak, Superintendan Abd Karim Abu Hassan dilepas dan dibebaskan daripadatiga pertuduhan rasuah berjumlah RM125,000 yang didakwa dilakukannya empat tahun lalu.

Hakim Mat Ghani Abdullah membuat keputusan itu pada Jumaat, selepas berpuas hati bahawa pihak pendakwaan telah gagal membuktikan prima facie terhadap pertuduhan untuk mahkamah memanggil Abd Karim membela diri.

Abd Karim, 58, sebelum ini didakwa atas tuduhan meminta rasuah wang tunai RM65,000 daripada seorang suspek , Lim Ching Jing, 40, menerusi panggilan telefon pada bulan Mei 2007, di rumah nombor 136, Jalan Kenangan, Rumah Murah 3, Pekan Meru, Klang, dekat sini.

Wang tersebut didakwa sebagai dorongan untuk dia tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ching Jing yang disyaki terlibat dalam sindiket potong kereta.

Selain itu, Abd Karim juga didakwa atas tuduhan menerima wang tunai RM30,000 daripada adik Ching Jing, Lim Kin Lan, 38, pada 30 Mei 2007 dan lagi RM30,000 pada 31 Mei 2007 melalui akaun Maybank di cawangan Segambut, Kuala Lumpur untuk dorongan yang sama.

Bagaimanapun, keputusan itu tidak bermakna Abd Karim dibebaskan dengan sepenuhnya, kerana dia diarahkan untuk membela diri atas dua lagi pertuduhan, iaitu meminta wang tunai RM10,000 daripada Ching Jing yang didakwa dilakukannya pada 19 September 2007 di IPD Gombak, Bukit Idaman, Batu Caves, dekat sini.

Selain itu, tertuduh yang telah ditugaskan di Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Selangor semasa pendakwaan dibuat, juga diarahkan untuk membela diri atas tuduhan menerima wang tunai RM10,000 daripada Kin Lan dalam bentuk cek bank Alliance bertarikh 12 Oktober 2007 melalui akaun Maybank.

Kedua-dua suapan itu juga didakwa sebagai dorongan untuk dia tidak mengambil tindakan undang-undang terhadap Ching Jing.

Mat Ghani pada prosiding itu berkata, antara sebab mengapa beliau memanggil Abd Karim membela diri adalah kerana berlaku kemasukan wang di dalam akaun bank milik tertuduh.

Beliau seterusnya menetapkan Abd Karim yang hadir di mahkamah bersama beberapa rakan untuk mula membela diri pada 13 Oktober ini.

Pada prosiding itu, Abd Karim diwakili oleh peguam Azrul Zulkifli Stork.

Sementara itu, pada prosiding sama, Mat Ghani memerintahkan seorang pembantu kedai elektrik, Soo Chong Man, 43, yang didakwa bersama Abd Karim untuk membela diri terhadap lima pertuduhan rasuah yang membabitkan jumlah RM140,000.

Pertuduhan tersebut melibatkan dakwaan meminta wang tunai RM65,000 daripada Ching Jing pada Mei 2007 dan RM30,000 serta RM35,000 daripada Kin Lan pada 30 dan 31 Mei 2007 yang didakwa kononnya sebagai suapan untuk diberikan kepada Abd Karim.

Soo yang sebelum ini dikatakan sebagai orang perantaraan juga didakwa meminta RM10,000 daripada Ching Jing pada 19 September 2007 dan RM10,000 daripada Kim Lan pada 12 Oktober 2010 juga atas dorongan yang sama.

Soo diwakili peguam C.N Sritharan.

Bagi semua pertuduhan itu, Abd Karim dan Soo didakwa mengikut Seksyen 10(a)(bb) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda RM10,000 atau lima kali nilai suapan, yang mana lebih tinggi.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya dari Suruhanjaya Pencegahan Malaysia (SPRM) Mohd Zaki Mohd Salleh dibantu Pegawai Pendakwa, Zahariman Keman telah mengemukakan 11 saksi pendakwaan sepanjang perbicaraan.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan