Mahkamah Tolak Saman Penduduk Bukit Jalil Berhubung Notis Pengusiran

Diterbitkan: Khamis, 11 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis membenarkan permohonan Datuk Bandar Kuala Lumpur untuk mengetepikan saman oleh penduduk Ladang Bukit Jalil, berhubung notis pengusiran dan merobohkan rumah mereka.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof yang membuat keputusan itu di dalam kamar, turut memerintahkan penduduk ladang berkenaan supaya membayar kos RM10,000 kepada Datuk Bandar.

Peguam Ashmadi Othman yang mewakili Datuk Bandar memberitahu pemberita Hakim Zabariah memutuskan bahawa tiada merit dalam permohonan itu dan tiada kuasa tindakan terhadap Datuk Bandar.

Ditanya sama ada berikutan keputusan itu, Datuk Bandar boleh merobohkan rumah penduduk, Ashmadi menjawab boleh, bagaimanapun beliau tidak tahu mengenai langkah seterusnya yang akan diambil oleh Datuk Bandar.

Peguam K.Ragunath dan Muhammad Afiq Mohamad Noor mewakili para penduduk. Muhammad Afiq berkata mereka akan mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu. Dalam permohonan yang difailkan pada 27 Mei, Datuk Bandar memohon untuk mengetepikan dakwaan itu atas dasar saman itu adalah menyusahkan, remeh dan menyalahi proses mahkamah.

Penduduk Ladang Bukit Jalil memfailkan saman itu pada 14 Mac terhadap Datuk Bandar bagi mendapatkan pengisytiharan bahawa plaintif mempunyai hak ekslusif dan ekuiti terhadap tanah itu dan memohon injunksi untuk menghalang Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) daripada merobohkan rumah mereka.

Pada 10 Mei, Hakim Zabariah menolak permohonan mereka untuk mendapatkan injunksi sementara bagi menghalang DBKL daripada merobohkan rumah mereka.

Semalam, Mahkamah Rayuan mengetepikan rayuan mereka berhubung injunksi itu. Ladang Bukit Jalil, yang sebelum ini berkeluasan 18,000 ekar, berkurangan kepada 26 ekar berikutan pembangunan pesat di kawasan itu.

Semasa permohonan injunksi itu didengar pada 27 April, mahkamah diberitahu bahawa DBKL telah pun menyerahkan 26 ekar tanah kepada Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk dijadikan kawasan perkuburan Islam.

Peguam mereka, Ragunath berhujah bahawa penduduk terbabit bukanlah setinggan memandangkan mereka tidak menceroboh tanah itu.

Katanya para penduduk itu tinggal di kawasan itu dalam tempoh yang agak lama selepas ladang berkenaan dijual kepada pemaju swasta.

Ashmadi dalam hujahan balasnya berkata Datuk Bandar hanya menjalankan tugas sebagai penjawat awam dengan mengeluarkan notis pengusiran dan saman terhadap Datuk Bandar itu adalah tidak wajar. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan