Dua Naib Presiden PAS Fail Saman Polis

Diterbitkan: Isnin, 8 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar dan Salahuddin Ayub pada Isnin memfailkan saman terhadap polis dan kerajaan Malaysia atas dakwaan menangkap dan menahan mereka secara salah ketika perhimpunan haram pada 9 Julai lepas.

Mahfuz dan Salahuddin yang masing-masing merupakan Anggota Parlimen Pokok Sena, Kedah dan Anggota Parlimen Kubang Kerian, Kelantan selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi di sini melalui Tetuan Faiz Fadzil & Co.

Saman itu menamakan pegawai tangkapan, Insp Mohd Zaid Madzizat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields, Ketua Polis IPD Brickfields, Ketua Polis Negara dan kerajaan Malaysia sebagai defendan pertama hingga keempat.

Selain itu, mereka juga memohon ganti rugi teladan, am, kos dan lain-lain perintah yang sesuai oleh mahkamah.

Dalam tuntutan itu, mereka mendakwa penahanan oleh polis di KL Sentral, pada 11.50 pagi, 9 Julai lalu adalah salah, tidak sah dan menyalahi undang-undang serta bersifat mala fide.

Mereka mendakwa lokasi kejadian (KL Sentral) bukan kawasan larangan yang dinyatakan dalam perintah Mahkamah Majistret Kuala Lumpur yang dikeluarkan pada 6 Julai lalu.

Kedua-dua pemimpin itu mendakwa tahanan dan tangkapan tersebut adalah tidak berasas kerana tidak dimaklumkan secara khusus kesalahan yang mereka dilakukan. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan