Skandal PKFZ, Kadar Faedah JPPH 6 Peratus Sahaja

Diterbitkan: Selasa, 2 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi di sini hari diberitahu kadar faedah ditetapkan Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) bagi urusan pembelian tanah di Mukim Klang bagi projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) adalah sebanyak enam peratus setahun.

Bekas Ketua Pengarah Penilaian JPPH, Kementerian Kewangan, Shah Alam, Datuk Sahari Mahadi berkata kadar faedah yang diperakui oleh JPPH ialah sebanyak 6 peratus dan bukannya 7.5 peratus.

Saksi kedua pendakwaan bagi kes perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan Tun Dr Ling Liong Sik itu memberitahu kadar faedah 6 peratus tersebut adalah termasuk dalam nilai harga tanah iaitu RM25 sekaki persegi.

"Kadar faedah 6 peratus tersebut telah termasuk dalam harga bagi nilai tanah iatu RM25 sekaki persegi, Jabatan ini (JPPH) hanya memperakui kadar tersebut (6 peratus) dan bukannya kadar faedah 7.5 peratus, JPPH tidak memperakui kadar 7.5 peratus dalam nilai tanah RM25 sekaki persegi itu," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Datuk Tun Abd Majid Tun Hamzah.

Sahari menjelaskan nilai tanah RM25 sekaki persegi itu telah dipersetujui oleh Kementerian Kewangan yang mana harga nilai tanah tersebut dibuat berdasarkan kos tanah, infrastruktur dan kos kewangan meliputi tempoh bayaran balik.

"Harga RM25 bagi sekaki persegi tanah itu adalah mengambil kira faktor special value (nilai-nilai khas) tanah itu, kos kewangan dan tempoh bayaran balik, maknanya di sini harga RM25 itu sudah dinilai dari segi nilai khas, kos kewangan dan bayaran tertangguh," katanya.

Sahari turut memberitahu bahawa keluasan tanah adalah 999.5 ekar menjadikan harga jualan tanah RM1,088,456,000.

Ketika ditanya Tun Abd Majid, sekiranya kadar faedah 7.5 peratus diambil kira pada harga nilai tanah RM25 tersebut, adakah akan terdapat pembayaran lebihan pada jumlah jualan tanah tersebut, Sahari menjawab "ya".

Sahari turut menjelaskan bahawa setiap agensi kerajaan akan mengikut nasihat jabatan itu bagi penentuan kadar penilaian tanah.

"Kita akan nasihat pihak kerajaan, maka kerajaan kena ikut nasihat kita, boleh katakan 99.9 peratus agensi kerajaan akan ikut nasihat yang diberikan oleh JPPH, " katanya.

Dr Ling dituduh menipu Kerajaan Malaysia dengan secara sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan negeri 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 sekaki persegi (skp) iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu bahawa JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telah pun mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau juga didakwa atas dua tuduhan pilihan (pindaan) iaitu menipu dan sengaja tidak mendedahkan kepada Jemaah Menteri fakta berkaitan kadar faedah sebanyak 7.5 peratus setahun adalah kadar faedah tambahan kepada harga pembelian tanah pajakan 7324 Lot 67894 yang berasaskan RM25 skp iaitu RM1,088,456,000 sedangkan beliau tahu JPPH dalam menentukan nilai kadar RM25 skp telahpun mengambil kira kadar kupon/faedah.

Beliau didakwa melakukan kesemua kesalahan itu di Tingkat 4, Pejabat Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, Putrajaya antara 25 Sept dan 6 November 2002. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan