Blogger Kemuka Rayuan Berhubung Perintah Bayar RM300,000 Kerana Fitnah Rais

Diterbitkan: Isnin, 1 Ogos 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Penulis blog, Amizudin Ahmat, pada Isnin mengemukakan rayuan di Mahkamah Tinggi di sini terhadap perintah membayar ganti rugi RM300,000 kepada Menteri Penerangan Komunikasi dan Kemudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim kerana kesalahan memfitnah beliau.

Amizudin, 42, memfailkan rayuan itu menerusi firma guaman Ong Jaya & Co.

Hakim Datin Zabariah Mohd Yusof pada 19 Julai lepas juga memerintahkan Amizudin membayar kos RM100,000 kepada Rais.

Pada Januari lepas, Rais, 69, menyaman Amizudin, yang juga anggota exco pemuda Parti Keadilan Rakyat, kerana memfitnah beliau menerusi satu artikel yang tersiar dalam blognya, sharpshooterblogger.blogspot.com, pada atau sekitar 28 Disember tahun lepas. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan