Remaja Didakwa Cederakan Pasangan Kekasih

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang remaja dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, atas tuduhan mencederakan sepasang kekasih selepas ibunya yang merupakan seorang guru agama diejek.

Nurnaim Kassim, 23, mengaku tidak bersalah atas pertuduha itu yang didakwa dilakukannya ke atas Muhammad Shahrizal Zainal Azman, 23, dan Farhana Ramli, 21, pada pukul 11.30 malam, 30 Oktober 2009.

Kesalahan itu didakwa dilakukan tertuduh di hadapan lif blok 90, tingkat 19, Apartmen Putra Ria, Jalan Bangsar, dekat sini.

Difahamkan kejadian berpunca apabila tertuduh tidak dapat menahan diri selepas ibunya dikutuk kerana menegur pasangan terbabit yang dikatakan melakukan perbuatan tidak senonoh di dalam lif.

Bagi kesalahan itu, pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Rozana Husin mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM2,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, tertuduh yang diwakili oleh peguam Mohd Khairul Amin dibenarkan dilepaskan dengan jaminan sebanyak RM2,000 dengan seorang penjamin.

Majistret Abdullah Siddiq Mohd Nasir menetapkan 23 Ogos ini sebagai sebutan semula kes.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan