Mahkamah Rayuan Sahkan Pembebasan Bekas Ketua Pengarah Felcra

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan pada Khamis mengesahkan pembebasan bekas ketua pengarah Felcra Datuk Mustapa Juman daripada tuduhan melakukan pecah amanah membabitkan RM40 juta.

Panel tiga hakim yang diketuai Datuk Sulaiman Daud memutuskan bahawa tiada sebab bagi panel itu untuk campur tangan dengan fakta dapatan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi berhubung keputusan mengenai pembabitan Mustapa dalam pemindahan wang.

Oleh itu, Hakim Sulaiman yang bersidang berhubung rayuan itu dengan Hakim-Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Mohamed Apandi Ali menolak rayuan akhir yang dibawa pihak pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi berhubung pembebasan Mustapa.

Panel hakim membuat keputusan itu selepas mendengar penghujahan daripada Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas bagi pihak pendakwaan dan peguam bela V.Rajadevan dan Mohd Fozi Md Zain yang mewakili Mustapa.

Rajadevan memberitahu pemberita bahawa mahkamah telah memutuskan bahawa tidak berlaku pecah amanah kerana arahan memindahkan wang bukan datang daripada responden (Mustapa).

Selepas mahkamah mengumumkan keputusan itu, Mustapa, 64, kelihatan menangis dan memeluk peguamnya.

Pada 3 Disember, 1999, Mustapa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen atas tiga tuduhan melakukan pecah amanah terhadap wang Felcra berjumlah RM40 juta di Pejabat Felcra, Tingkat 3, Bangunan Lembaga Tabung Angkatan Tentera, Jalan Bukit Bintang di sini pada 6, 7 dan 9 Mei, 1997.

Pada 15 Mei, 2009, Mahkamah Tinggi menolak rayuan pendakwaan dan mengekalkan keputusan Mahkamah Sesyen pada 30 Mac 2006 yang melepaskan dan membebaskannya daripada tuduhan. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Khamis, 7 Disember 2017 8:00 PM

Nadzmi Adhwa Dikurung Selepas Kantoi Dadah

Rabu, 6 Disember 2017 2:00 PM

"Makin Ramai Nak Taja Saya" - Wany Hasrita

Kolumnis

iklan

Iklan