Dagang Bayi: Bekas Pembantu Jururawat Dibicara September

Diterbitkan: Khamis, 28 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang bekas pembantu jururawat hospital swasta yang didakwa memperdagangkan bayi berusia lapan bulan akan dibicarakan di Mahkamah Sesyen di sini pada 19 September ini.

Hakim Ahmad Zamzani Mohd Zain menetapkan tarikh itu pada Khamis, selepas pihak pendakwaan yang diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Nor Amalina Ismail menyerahkan dokumen yang akan digunakan pada perbicaraan itu kepada pihak pembelaan yang mewakili tertuduh, Gulab Jan Abdul Jabir.

Gulab, 49, yang hadir di mahkamah dengan memakai baju kurung merah dan bertudung hitam hadir bersama dua ahli keluarga da diwakili oleh peguam Gerard Lazarus.

Wanita yang masih bujang itu didakwa memperdagangkan bayi terbabit bagi maksud eksploitasi pada pukul 2.10 petang, 1 November lalu di Hospital Taj, nombor 462, Batu 3, Jalan Ipoh, di sini.

Dia didakwa untuk kali pertama pada 16 Jun lalu mengikut Seksyen 14 Akta Pemerdagangan Orang 2007 yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh didenda.

Pada prosiding itu, dia dibenarkan dibebaskan dengan jaminan sebanyak RM10,000.

Sebuah akhbar tempatan pada tahun lalu, mendedahkan mengenai serbuan Unit Pemerdagangan Orang, Ibu Pejabat Polis Bukit Aman terhadap sebuah hospital swasta di ibu negara yang disyaki terlibat dalam sindiket penjualan bayi.

Dalam serbuan itu, polis berjaya menahan enam individu selepas mereka selesai menjalankan urusan jual beli seorang bayi perempuan berharga RM21,000.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan