Pembunuhan Banting: Saksi Berpaling Tadah Dakwa Dipaksa Mengaku

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: 10 bulan selepas mengaku bersalah atas pertuduhan membuang abu mayat jutawan kosmetik, Datuk Sosilwati Lawiya dan tiga individu yang hilang bersamanya, seorang pekerja ladang pada Rabu, mendakwa pengakuan tersebut tidak dibuat secara sukarela.

U. Suresh, 27, yang berpaling tadah itu memberitahu, dia sebenarnya dipaksa untuk mengaku bersalah terhadap empat pertuduhan iaitu membuang abu mayat Sosilawari, pegawai bank CIMB, Noorhisham Mohammad, 38; peguam, Ahmad Kamil Abdul Karim, 32; dan pemandu, Kamaruddin Shamsuddin, 44.

"Peguam yang dilantik polis meminta saya untuk menganggukkan kepala.

"Saya diberitahu jika saya mengaku, saya akan dilepas dan dibebaskan," katanya di Mahkamah Tinggi di sini dan menambah, telah diarahkan untuk tidak bercakap pada prosiding yang diadakan di Mahkamah Majistret Banting, dekat sini.

Selain mendakwa pengakuan itu tidak dibuat secara sukarela, Suresh yang dipanggil sebagai saksi pendakwaan ke-29 pada perbicaraan kes bunuh yang menggemparkan negara itu juga menafikan bahawa rakaman percakapannya yang dikemukakan di mahkamah dibuat olehnya.

Ketika diminta untuk melihat rakaman percakapan itu, saksi sekadar mengakui bahawa tandatangan yang terdapat pada setiap helaian dokumen setebal 24 halaman itu adalah miliknya.

"Tapi, ini bukan percakapan saya," katanya semasa disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ishak Mohd Yusoff.

Suresh yang memberikan keterangan dalam bahasa Tamil seterusnya mendakwa, percakapan tersebut yang diambil oleh pihak polis mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah (KPJ) dibuat secara paksa selain dipukul.

Kenyataan tersebut menyebabkan Hakim Datuk Akhtar Tahir memutuskan agar bicara dalam perbicaraan (TWT) diadakan untuk menentukan kebolehterimaan isi kandungan percakapan tersebut.

Terdahulu, Ishak memaklumkan bahawa pihaknya berhasrat untuk menggunakan dokumen itu bagi mencabar kebolehpercayaan saksi yang didakwa telah memberikan 22 keterangan bercanggah di mahkamah. Saksi pertama TWT, Pegawai Penyiasat Kanan, Ibu Pejabat Polis Dang Wangi, Asisten Superintendan (ASP) Ong Seng

Keong, 36, menafikan berlaku paksaan atau ugutan semasa rakaman percakapan dibuat pada 26 Oktober 2010.

Percakapan tersebut dibuat di Penjara Sungai Udang, Melaka iaitu penjara di mana saksi kini menjalani hukuman.

Pada keterangan lain, Ong juga memberitahu, proses rakaman tersebut bermula pada pukul 7 petang dan turut dirakamkan secara video, bagi mengelakkan tohmahan bahawa percakapan diambil secara paksa.

Proses mengambil percakapan saksi tamat pada pukul 11 malam, hari yang sama.

Suresh sebelum ini telah diputuskan sebagai saksi yang berpaling tadah semasa memberi keterangan terhadap bekas peguam N.Pathmanabhan, 42; T.Thilaiyalagan, 20; Matan, 21; dan Kathavarayan, 31, atas pertuduhan membunuh Sosilawati, 47; Noorhisham, 38; Ahmad Kamil, 32; dan Kamaruddin, 44. Kesalahan itu didakwa dilakukan antara pukul 8.30 dan 9.40 malam, 30 Ogos 2010 di ladang Lot 2001, Jalan Tanjung Layang, Tanjung Sepat, Banting, dekat sini.

Perbicaraan akan bersambung Jumaat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan