Dadah: Sepasang Kekasih Terlepas Tali Gantung

Diterbitkan: Rabu, 27 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Seorang lelaki dan kekasihnya terlepas daripada tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskan mereka daripada tuduhan mengedar dadah tiga tahun lepas.

Pesuruhjaya Kehakiman Mohamed Amin Firdaus Abdullah membuat keputusan itu selepas mendapati pendakwaan gagal mewujudkan kes prima facie terhadap tertuduh Lau Siow Liang dan Lim Ah Mooi.

Sehubungan itu, Mohamed Amin mengarahkan kedua-duanya dilepas dan dibebaskan daripada tiga pertuduhan bagi setiap seorang. Lau dan Lim didakwa mengedar dadah jenis campuran heroin, monoacetylmorphines, kanabis dan ketamine seberat 9551.2 gram di sebuah premis beralamat No. 1 Jalan Pantai Jerejak 6, Sungai Nibong, Bayan Lepas, Pulau Pinang, kira-kira 8 pagi, 30 November 2008.

Kesemua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Dalam penghakiman, Mohamed Amin Firdaus berkata berdasarkan penilaian yang dibuat mahkamah, pihak pendakwaan gagal membuktikan intipati kesalahan pemilikan elemen terhadap tertuduh. "Pihak pendakwaan juga gagal membuktikan kaitan tertuduh dengan barang kes kerana tiada satu pun elemen yang menunjukkan isu jagaan, kawalan dan pemilikan dadah yang ditemui," katanya.

Pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya Muna Mohamed Jaafar manakala peguam J.Kuldeep Kumar mewakili Lau Siow Liang dan C.Ravi mewakili Lim Ah Moi.

Sementara itu di mahkamah yang sama, seorang bapa M.Vijayan juga dibebas dan dilepaskan oleh mahkamah atas tuduhan membunuh anak perempuannya yang berumur tiga tahun.

Mohamed Amin Firdaus mengarahkan tertuduh dibebaskan tanpa dipanggil untuk pembelaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan prima facie.

Dalam penghakiman, beliau berkata satu-satunya bukti yang boleh dikaitkan dengan pertuduhan ini adalah tertuduh membawa mayat si mati yang disimpan dalam sebuah kotak untuk ditanam.

"Kes pendakwaan hanya dapat membukti bahawa tertuduh membawa mayat itu untuk ditanam tetapi tidak dapat membuktikan bahawa tertuduh melakukan kesalahan," katanya.

Sebelum ini, tertuduh yang berusia 42, dari Bandar Baru Ayer Itam di sini didakwa membunuh anaknya yang hanya dikenali sebagai Sarojini antara pukul 7 pagi dan 7 petang, 11 Nov 2004 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Dia didakwa melakukan perbuatan itu terhadap anak itu yang kelahirannya tidak didaftarkan di sebuah rumah di Medan Angsana 1, Bandar Baru Ayer Itam.

Tertuduh kelihatan memeluk dan mencium isterinya selepas keputusan penghakiman dibacakan. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan