Buruh Ladang Simbah Cuka Getah Ke Atas Dua Beradik Dipenjara Lapan Tahun, Empat Sebatan

Diterbitkan: Selasa, 26 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TEMERLOH: Seorang buruh ladang dijatuhi hukuman penjara lapan tahun dan empat sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini Selasa atas dua pertuduhan menyimbah cuka getah terhadap dua adik-beradik pada 19 Julai lepas.

Hakim Dazuki Ali membuat keputusan itu selepas tertuduh, Mohamad Hafiz Ismail, 31, mengaku bersalah menyebabkan kecederaan parah kepada Syafiq Haikal Mat Safa Zaidi, 13 dan Syaffiy Aiman, 10, dengan menyimbah cecair disyaki cuka getah di bahagian muka dan badan mangsa.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di atas jalan raya berhampiran rumah bernombor 149, Felda Jengka 9, Maran antara pukul 7.30 malam dan 8.30 malam pada 19 Julai lepas mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan denda atau sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan pertama (menyimbah cuka kepada Syafiq Haikal) tertuduh dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun dan dua sebatan manakala bagi pertuduhan kedua (menyimbah cuka kepada Syaffiy Aiman) dia juga dijatuhi hukuman penjara selama 8 tahun dan dua sebatan.

Dazuki bagaimanapun memerintahkan kedua-dua hukuman penjara berjalan serentak.

Terdahulu, Mohamad Hafiz yang tidak diwakili peguam memohon mahkamah meringankan hukuman terhadapnya kerana dia perlu menanggung ibunya yang menghidap penyakit jantung.

Timbalan Pendakwa Raya Rashidi Abd Rahim bagaimanapun memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal berikutan mangsa bukan sahaja cedera tetapi turut mengalami trauma akibat kejadian itu.

Mengikut fakta kes, ketika kejadian, kedua-dua beradik berkenaan sedang dalam perjalanan ke rumah rakan mereka untuk mengulangkaji pelajaran dengan menaiki motosikal sebelum disimbah cecair berkenaan oleh tertuduh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan