Lelaki Dakwa Diri Gila Mengaku Salah Curi Motosikal

Diterbitkan: Isnin, 25 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU: "Ada suara yang suruh saya ambil motor itu, suara itu kata ambil motor itu," demikian dakwa seorang lelaki ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini hari ini atas dakwaan mencuri sebuah motosikal di Pasar Payang, di sini, Khamis lalu.

Noor Azlan Mohd, 43 yang berasal dari Kampung Gelugor Haji Tahir, di sini, yang dipercayai kurang siuman, juga berkata beliau tidak tahu kenapa dia mencuri motosikal itu.

"Saya tak tahu kenapa saya ambil, saya kan gila," katanya dengan selamba mengaku salah ketika pertuduhan dibacakan sehingga kebanyakan orang awam di galeri mahkamah tidak dapat menahan ketawa.

Kata-kata tertuduh itu disambut Majistret Nor Azizah Mohd Yusof dengan berkata "orang gila tak cakap macam tu."

Noor Azlan didakwa mencuri motosikal jenis Yamaha dengan nombor pendaftaran TAL 9237 milik Nor Anita M Nor, 26 pada pukul 4.45 petang, 21 JUlai lepas di Pasar Payang, di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 379 A Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun dan boleh didenda.

Ketika ditanya oleh Nor Azizah di mana dia tinggal dan sama ada anggota keluarga datang ke mahkamah untuk menjaminnya, Noor Azlan berkata dia tinggal di Kuala Lumpur, di Dungun, dan di Marang.

"Saya tinggal di Kolumpo (Kuala Lumpur), Dungun, Marang, semua ada, saya tak tahulah," katanya.

Mendengar jawapan itu, majistret itu berkata beliau tidak akan merekodkan pengakuan salah tertuduh dan tertuduh akan dihantar ke Hospital Permai, Tampoi di Johor Baharu untuk penilaian psikiatri bagi memastikan dia layak dibicara atau tidak. Nor Azizah menetapkan 24 Ogos ini untuk sebutan semula kes.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Insp V Ravi. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Kolumnis

iklan

Iklan