Saman Pasir Terhadap 'Pegawai Khas PM' Selesai

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Saman yang difailkan oleh sebuah syarikat, Nice Garden Sdn Bhd terhadap seorang lelaki yang didakwa seorang pegawai khas kepada Perdana Menteri berhubung satu projek pasir seluas 80 hektar berjaya diselesaikan secara baik.

Pada Rabu, Hakim Mahkamah Tinggi di sini, Datuk V. T Singham merekodkan persetujuan yang dicapai antara Nice Garden dengan Datuk Seri Hassan Ayoub, 58, yang dikatakan berkerja di Jabatan Perdana Menteri.

Persetujuan tersebut juga dicapai bersama dua lagi defendan, iaitu sebuah syarikat beralamat di Saujana Damansara, dekat sini, Infra Penaga Sdn Bhd, dan seorang lagi individu, Adnan Shah Che Yusoff, 54.

Pada prosiding itu, peguam Muhammad Fauzi Abdullah yang mewakili Nice Garden selaku plaintif memberitahu, pihak defendan telah bersetuju untuk membayar ganti rugi sebanyak RM620,500 kepada anak guamnya.

"Pihak defendan juga telah bersetuju untuk membayar kos sebanyak RM20,000," katanya dan menambah, pembayaran itu akan dibuat secara ansuran sebanyak tiga kali.

Perkara itu disahkan oleh peguam Darshan Singh Sandhu yang mewakili semua defendan. Sementara itu, peguam Ahmad Fariz Mohamed yang mewakili seorang pengarah Infra Penaga, Datuk Abdul Samad Othman, 50, memberitahu, beliau tidak menerima arahan daripada anak guamnya untuk menyelesaikan saman tersebut.

"Kami telah memfailkan notis kehadiran pada 8 Julai lalu dan dalam peringkat akhir untuk memfailkan pernyataan pembelaan," katanya.

Justeru itu, Hakim Singham menetapkan 27 Julai ini untuk mengetahui status sama ada plaintif mahu meneruskan atau tidak saman terhadap defendan ketiga.

Pada 10 Mei lalu, plaintif memfailkan saman tersebut bagi menuntut RM250,000 yang didakwa telah dibayar sebagai bayaran deposit untuk menjayakan usaha sama projek pengeluaran pasir.

Plaintif mendakwa, defendan telah menyakinkan bahawa Hassan merupakan Pegawai Khas Hal Ehwal Perdana Menteri dan telah memperoleh kebenaran dari kerajaan untuk menjalankan kerja-kerja pengeluaran pasir.

Dakwa plaintif lagi, defendan-defendan telah menunjukkan surat Jabatan Alam Sekitar (JAS) bertarikh 18 November 2009 yang dihantar kepada Hassan sebagai bukti kelulusan projek itu telah diperoleh.

Plaintif juga mendakwa, defendan telah memintanya untuk membayar wang RM250,000 sebagai deposit penyertaan kontrak kepada Hassan yang didakwa telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi lelaki berkenaan.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa, mula hilang keyakinan dan berasa curiga kepada defendan apabila tiada sebarang tindakan dibuat oleh defendan setelah beberapa bulan perjanjian usahasama dibuat.

Plaintif seterusnya mendakwa, telah mendapat pengesahan daripada JAS berkenaan surat kelulusan itu dan menerusi surat 27 ogos 2010, JAS memaklumkan pihaknya tidak pernah mengeluarkan surat kepada Hassan.

Akibat daripada tindakan defendan, plaintif mendakwa pihaknya telah mengalami kerugian berjumlah RM250,000 yang dibayar kepada Hasan, selain mengalami kerugian terhadap segala perbelanjaan yang telah dikeluarkan mereka.

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan