Lelaki Myanmar Dipenjara Sebulan, Denda RM10,000 Kerana Cuba Beri Rasuah

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KANGAR: Seorang buruh kontrak warga Myanmar dijatuhi hukuman penjara sebulan dan denda RM10,000 oleh Mahkamah Sesyen di sini Khamis kerana kesalahan cuba memberi rasuah RM20 kepada seorang konstabel sokongan dalam sekatan jalan raya di Kuala Perlis di sini tiga hari lepas.

Hakim Wan Norzanuar Wan Ahmad menetapkan hukuman penjara lima bulan jika tertuduh, Win Sein, 33, gagal membayar denda itu.

Beliau juga memerintahkan hukuman penjara itu berkuatkuasa dari tarikh tertuduh ditangkap pada 19 Julai lepas.

Win Sein, yang tidak diwakili peguam, mengaku bersalah meletakkan RM20 dalam topi keledar Ahmad Ghazali Abdul Halim supaya tidak mengambil tindakan ke atasnya yang tidak mempunyai dokumen pengenalan diri dalam sekatan jalan di Jalan Besar, Kuala Perlis pada 11.25 malam, 19 Julai lepas.

Ahmad Ghazali telah menangkap Win Sein dan dibawa ke Balai Polis Kuala Perlis sebelum diserah kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk tindakan.

Win Sein yang dituduh mengikut Seksyen 17(b) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 merayu mahkamah mengenakan hukuman ringan dengan alasan kehidupannya susah dan tidak menyedari bahawa perbuatannya itu merupakan satu kesalahan.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjahya Pencegahan Rasuah Malaysia, A. Hafizh Abu Bakar memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dengan kesalahannya sebagai pengajaran kepada warganegara asing lain yang berada di negara ini.

Katanya kehadiran warga asing yang masuk secara haram ke negara ini adalah melanggar peraturan dan telah menimbulkan banyak masalah termasuk masalah sosial. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan