Kerajaan Terengganu Disaman Kerana Didakwa Langgar Kontrak

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Dua syarikat yang menjalankan aktiviti melombong bijih besi memfailkan saman terhadap Kerajaan Negeri Terengganu yang didakwa telah melanggar kontrak apabila tidak memperbaharui akujanji pajakan melombong kawasan seluas 697 hektar di Bukit Besi, Terengganu.

Terengganu Anshan Iron & Steel Sdn Bhd dan China Anshan Corporation Sdn Bhd selaku plaintif turut menamakan Perbadanan Menteri Besar Terengganu sebagai defendan kedua dalam saman tersebut.

Saman itu difailkan menerusi firma guaman Tetuan Bahari & Bahari di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi Terengganu pada Jun lalu, dan pihak media memperoleh writ saman tersebut di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, di sini pada Khamis.

Turut hadir bertemu pihak media ialah pengarah kedua-dua plaintif, Lawrence Lim Eng Khoon.

Berdasarkan pernyataan tuntutan, plaintif kedua ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan anak syarikat sebuah syarikat di China, iaitu Anshan Iron & Steel Complex.

Dakwa plaintif, penubuhan anak syarikat itu adalah untuk menjalankan usahasama melombong bijih besi dengan defendan pertama, yang mempunyai pelan untuk menggalakkan dan mempromosikan perkembangan industri melombong di negeri itu pada sekitar tahun 1989.

Plaintif seterusnya mendakwa, satu perjanjian usahasama telah ditandatangani oleh kedua-dua defendan bagi membangunkan industri galian di Terengganu pada 8 Julai 1990.

Berdasarkan surat akujanji bertarikh 12 Jun 1990, plaintif mendakwa tempoh pajakan selama 21 tahun itu hanya akan berakhir pada November 2013.

Bagaimanapun, plaintif mendakwa defendan pertama telah menolak permohonan plaintif pertama untuk memperbaharui pajakan melombong pada 29 Oktober 2010 yang didakwa telah bertentangan dengan terma perjanjian.

Justeru itu, plaintif menuntut deklarasi bahawa akujanji yang telah diberikan oleh defendan pertama adalah sah dan berkuat kuasa dan plaintif-plaintif mempunyai hak kepentingan hak milik kepada kawasan melombong terbabit atas hasil kerja yang telah dibuat.

Plaintif juga memohon agar perintah untuk pelaksanaan spesifik ke atas defendan pertama yang mengarahkannya mematuhi akujanji tersebut.

Plaintif juga memohon perintah injunksi ke atas defendan-defendan menghalang sebarang pemberian ke mana-mana pihak selain daripada plaintif.

Selain itu, plaintif juga menuntut ganti rugi yang akan ditafsirkan oleh mahkamah bersama ganti rugi teladan, kos dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.

iklan

Video

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Kolumnis

iklan

Iklan