23 Aktivis PSM Dibicarakan 10-14 Oktober Depan

Diterbitkan: Khamis, 21 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Mahkamah Sesyen Butterworth menetapkan 10 hingga 14 Okt ini untuk perbicaraan 22 dewasa dan seorang juvana aktivis Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang dituduh berhubung pembabitan mereka dalam satu perhimpunan haram dan memiliki dokumen subversif tanpa alasan sah.

Mereka terdiri R. Nalayani, 64, A. Shanmugam, 57, M. Ravindran, 20, G. Velaitham, 54, M. Sivoosamy, 56, S. Ramasamy, 35, Chan Mooi, 55, K.Kamaladevi, 57, Cheang Sew Yin, 60, K. Deeba, 22, K. Thanushia, 21, G.Packialetchumy, 40, R. Saroza, 51, M. Santhanadevi, 30, N.P. Indra, 54, P.Jody, 52, M. Kavitha, 35, K. Gana Santhanam, 45, J. Reveen Veerasenan, 18, dan S. Thivya Kumar, 18, kesemuanya dari Perak, M. Aroklam, 62, dari Perlis dan Soh Sook Hwa, 29, dari Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pertama, mereka didakwa secara niat bersama memberi bantuan kepada satu pertubuhan haram, iaitu "Bersih 2.0" dengan membawa 600 helai salinan risalah haram.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 48 (1) Akta Pertubuhan 1966, [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34, Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM15,000 atau kedua- duanya, jika sabit kesalahan.

Mereka juga menghadapi pertuduhan alternatif iaitu secara niat bersama telah memberi bantuan dengan membawa 600 helai salinan risalah yang mempunyai tulisan "Perhimpunan Bersih 2.0", bagi tujuan satu pertubuhan haram iaitu "Bersih 2.0" untuk kegunaan perhimpunan "Bersih 2.0" di Kuala Lumpur pada 9 Julai.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 43 Akta Pertubuhan 1966 [Akta 335] yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih tiga tahun atau denda tidak lebih RM3,000 atau kedua-duanya.

Mereka turut hadapi pertuduhan dengan niat bersama membawa dokumen-dokumen subversif tanpa alasan yang sah mengikut Seksyen 29 (1) Akta Keselamatan Dalam Negeri [Akta 82] 1960, yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman denda tidak lebih RM10,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kesemua kesalahan itu didakwa dilakukan dalam sebuah bas di Tol Sungai Dua, Lebuhraya Utara-Selatan, dekat sini pada 3.30 petang, 25 Jun lepas.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin membenarkan rayuan pihak pembelaan, yang diketuai Datuk C.V. Prabhakaran, untuk mengurangkan jaminan terhadap juvana berkenaan daripada RM4,000 kepada RM500 bagi setiap pertuduhan.

Yang lain dikenakan ikat jamin RM4,000 bagi setiap pertuduhan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suhaimi Ibrahim. -BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan