Rasuah: Bekas Pengurus Kanan Sime Darby Lepas Tanpa Bebas

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Pengurus Kanan Kebolehan Sime Darby Engineering Sdn Bhd, Mazhazmi Jamaludin dilepas tanpa dibebaskan daripada tuduhan menerima rasuah wang tunai berjumlah RM200,000 tiga tahun lalu.

Berdasarkan semakan di Mahkamah Sesyen di sini pada Isnin, Hakim Rozilah Salleh membuat keputusan tersebut pada Jumaat lalu, selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selaku pihak pendakwaan.

Semasa itu, Timbalan Pendakwa Raya dari SPRM, Kevin Morais memberitahu, pihaknya masih tidak dapat menemui saksi utama, Redzuan Goh Mohammed Karian, seorang warga Singapura yang didakwa telah memberikan suapan tersebut.

Pada 25 April lalu, Rozilah telah memberikan masa selama hampir tiga bulan kepada SPRM untuk mengesan Redzuan dan menetapkan sebutan semula kes pada Isnin.

Menurut Kevin, pihak SPRM telah melakukan usaha yang perlu untuk mencari ahli perniagaan tersebut, termasuklah berkunjung ke rumah keluarga Redzuan di Taman Tasik Titiwangsa, di sini.

Selain itu, SPRM juga telah meminta bantuan daripada Biro Penyiasatan Amalan Rasuah Singapura untuk mengasan saksi berkenaan.

Mazhazmi, 37, didakwa menerima rasuah tunai RM200,000 daripada Redzuan yang merupakan pemilik syarikat pembinaan kapal, MLC Shipbuildings Sdn Bhd (MLC) pada antara pukul 1.25 dan 5 petang, 31 Disember 2008.

Suapan tersebut dikatakan sebagai upah bagi mencadangkan MLC kepada Sime Darby dalam mendapatkan kontrak pembinaan dan penjualan tiga buah kapal tunda (barge) bernilai AS$134.2 juta (RM467.9 juta) dan sebagai balasan kepada tertuduh yang mengesahkan bayaran tertentu bagi pembinaan kapal-kapal tersebut.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di bilik mesyuarat syarikat tersebut di Megan Avenue 1, Blok C, 6-1, Jalan Tun Razak, di sini.

Pendakwaan dikendalikan mengikut Seksyen 11(a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 16 akta sama.

Jika sabit kesalahan, Mazhazmi boleh dihukum penjara mandatori 14 hari dan maksimum 20 tahun dan denda lima kali nilai suapan atau RM10,000 yang mana lebih tinggi.

Kes tersebut telah dibicarakan pada 11 April lalu dan mahkamah telah mendengar keterangan lapan saksi pendakwaan.

Sepanjang prosiding mahkamah berjalan, Mazhazmi diwakili oleh peguam Shamsul Sulaiman.

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Kolumnis

iklan

Iklan