Murtad: Mahkamah Rayuan Tolak Permohonan Pengikut Ayah Pin

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Permohonan seorang bekas ustazah yang merupakan pengikut ajaran sesat Ayah Pin untuk merujuk persoalan undang-undang di bawah Perlembagaan Persekutuan mengenai hak dan kebebasan beragama ke Mahkamah Persekutuan ditolak oleh Mahkamah Rayuan di sini, pada Isnin.

Hakim Datuk Seri Abu Samah Nordin yang bersidang bersama-sama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Clement Allan Skinner sebulat suara menolak rayuan yang dikemukakan oleh Kamariah Ali, 60, yang telah mengisytiharkan dirinya sebagai murtad pada satu prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Besut pada 21 Julai 2005 dengan kos.

Pada alasan penghakiman yang dibacakan oleh Hakim Azhar, mahkamah berpendapat persoalan yang hendak dikemukakan oleh lulusan Universiti Al-Azhar, Mesir itu sebenarnya terletak di bawah bidang kuasa Mahkamah Syariah, dan bukannya di bawah Mahkamah Sivil yang mempunyai bidang kuasa berbeza.

Selain itu, mahkamah juga berpendapat selaras dengan peruntukan dalam Perlembagaan Persekutuan iaitu Perkara 121(1A) dengan jelas memperuntukkan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai bidang kuasa berkenaan apa-apa perkara dalam bidang kuasa Mahkamah Syariah.

Pada prosiding itu, Kamariah diwakili oleh peguam Malik Imtiaz Sarwar manakala peguam Datuk Zamani Mohamad mewakili Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Kerajaan Negeri Terengganu yang dinamakan sebagai defendan pertama dan kedua.

Turut hadir pada prosiding itu ialah Peguam Kanan Persekutuan, Shamsul Bolhassan yang mewakili Jabatan Peguam Negara selaku pencelah dalam permohonan tersebut.

Dalam kes ini, Kamariah memfailkan rayuan itu selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 30 Disember 2005 menolak permohonan mereka yang berhasrat merujuk persoalan tersebut ke Mahkamah Persekutuan.

Semasa itu, Hakim (Bahagian Rayuan dan Kuasa-Kuasa Khas) Datuk Md Raus sharif menyifatkan tindakan itu sebagai menyalahgunakan kuasa mahkamah kerana itu merupakan percubaan kali kedua, selepas permohonan itu ditolak oleh Mahkamah Persekutuan pada 24 Julai 2004.

Apabila keputusan tersebut tidak memihak kepadanya, perayu telah memfailkan saman pemula pada 15 Ogos 2005 untuk memohon deklarasi bahawa dia mempunyai hak untuk memilih agama yang ingin dianuti dan semua undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan beragama di bawah Artikel 11 (1) Perlembagaan Persekutuan adalah tidak sah.

Perayu juga memfailkan saman dalam kamar agar dua persoalan yang dikemukakan mereka dapat dirujuk terus kepada Mahkamah Persekutuan.

Persoalan tersebut ialah sama ada hak kebebasan beragama di bawah Artikel 11 merangkumi hak seseorang Muslim untuk keluar daripada agama itu setelah mencapai umur majoriti manakala persoalan kedua ialah, jika sedemikian, adalah undang-undang atau tindakan pihak berkuasa yang menyekat hak kebebasan seorang Muslim yang telah mencapai umur majoriti untuk keluar daripada Islam itu adalah tidak sah.

Pada 3 Mac 2008, Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Terengganu, Terengganu telah memerintahkan supaya Kamariah menjalani hukuman penjara selama dua tahun selepas didapati bersalah atas tuduhan murtad.

Hakim Syarie Mohamad Abdullah semasa itu, memerintahkan agar hukuman tersebut dijalankan di Penjara Pengkalan Chepa, Kelantan.

Pada tahun 1992, Kamariah juga pernah disabitkan bersalah atas kesalahan yang sama dan diarahkan untuk menghadiri temu janji taubat setiap bulan di pejabat agama selama lima tahun.

Bagaimanapun, Kamariah tidak pernah menghadiri temu janji berkenaan atas alasan dirinya bukan lagi seorang penganut Islam.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan