BN Berjaya Ketepikan Penghakiman Ingkar

Diterbitkan: Isnin, 18 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menolak rayuan dikemukakan sebuah syarikat pembekal terhadap keputusan mahkamah untuk mengetepikan penghakiman ingkar terhadap Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan dua lagi berhubung dakwaan tidak membuat pembayaran bagi pembekalan bahan-bahan pilihan raya bernilai RM218 juta pada pilihan raya umum 2004.

Hakim Mohamad Ariff Md Yusof turut memerintahkan plaintif, Elegant Advisory Sdn Bhd untuk membayar kos RM1,000 kepada Tengku Adnan, serta dua lagi defendan iaitu Bendahari Agung BN Datuk Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah dan pegawai awam BN. Mohamad Ariff semasa membuat keputusan di dalam kamarnya hari ini, menetapkan 21 Jun bagi permohonan defendan mengetepikan saman utama.

Elegant Advisory Sdn Bhd memfailkan saman pada 17 Feb selepas saman awal pada 2009 ditolak apabila Umno berjaya mengetepikan saman atas alasan bahawa plaintif tidak mematuhi Akta Kontrak 1950.

Dalam saman ini, plaintif pada awalnya memperoleh penghakiman ingkar pada 7 Mac dan defendan memohon untuk mengetepikan perintah itu pada 24 Mac.

Timbalan Pendaftar membenarkan permohonan defendan pada 23 Jun.

Dalam writ samannya, Elegant Advisory mendakwa ia terbabit dengan kegiatan membekalkan peralatan pilihan raya, pengangkutan serta penerbitan dan pada pilihan raya umum ke-11 pada 2004, ia membekalkan BN dengan pelbagai peralatan pilihan raya yang diperlukan.

Syarikat itu mendakwa telah menghantar invois RM218,013,475 namun defendan gagal membayarnya.

BN diwakili peguam Datuk Mohd Hafarizam Harun manakala plaintif diwakili Nazruddin Abdullah. -BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan