Sarbaini Tidak Bunuh Diri Dan Bukan Dibunuh - Saksi

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Koroner diberitahu Penolong Pengarah Kastam Selangor Ahmad Sarbaini Mohamed tidak membunuh diri dan tidak dibunuh, sebaliknya terjatuh ketika cuba keluar daripada tingkap di bilik pantri, aras tiga bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Wilayah Persekutuan.

Deputi Supritendan Polis, Sharul Othman Mansor, 49, yang bertugas di Makmal Forensik Bukit Aman berkata beliau berpendapat Allahyarham cuba keluar daripada tingkap itu untuk melompat ke bumbung berdekatan tetapi terjatuh di gelanggang badminton yang terletak di aras satu bangunan berkenaan.

Saksi kedua itu yang dipanggil semula untuk memberi keterangan dalam prosiding inkues untuk menyiasat kematian Ahmad Sarbaini, berkata apabila berada di tingkap berkenaan dan melihat ke bumbung yang berdekatan, jarak antara bucu tingkap ke bumbung kelihatan dekat, namun apabila dibuat ukuran, jaraknya agak jauh iaitu 3.02 meter.

Sharul Othman berkata setelah siasatan dilakukan beliau turut mendapati kedudukan mayat berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan setelah memeriksa mayat, ditemui kesan cat putih pada kepala tali pinggang dan bahagian hadapan seluar mangsa.

"Hasil pemeriksaan di bilik pantri juga ditemui goresan lebih kurang empat sentimeter pada dinding tingkap yang berdekatan dengan sinki, di mana dipercayai Allahyarham cuba keluar," katanya ketika disoal peguam Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili SPRM.

Ketika disoal peguam Awtar Singh yang mewakili keluarga Ahmad Sarbaini mengapa sarung telefon bimbit Allahyarham tiada kesan cat putih, Sharul Othman berkata:"Tiada kesan cat ditemui pada sarung berkenaan kerana ia terletak di sebelah kiri pinggangnya".

Sharul Othman berkata tiada bukti yang boleh melibatkan pihak ketiga terbabit dalam kematian Ahmad Sarbaini kerana tiada kesan atau tanda pergelutan yang ditemui di dalam bilik pantri itu.

"Sekiranya pergelutan berlaku, kemungkinan terdapat kesan kotoran pada tapak kasut dan cap jari dalam bilik berkenaan dan tiada kesan luka ditemui, selain darah yang keluar banyak pada mulutnya akibat terjatuh.

"Baju yang dipakai oleh Allahyarham juga tidak terkoyak dan butang bajunya tidak tercabut...saya yakin tidak berlaku sebarang pergelutan," katanya.

Katanya, bilik pegawai SPRM lain termasuk bilik penolong penguasa, Sheikh Niza Khairy Sheikh Mohamad turut berada dalam keadaan kemas dan teratur, begitu juga bilik saksi dan bilik makan yang berada di aras tiga, kesemuanya tiada tanda pergelutan. Terdahulu, Ahli Kimia Dr Mohd Sukri Hassan, 49, dari Jabatan Kimia Malaysia dalam keterangan berkata hasil analisis terhadap spesimen darah, air kencing dan kandungan perut yang dibuat terhadap Ahmad Sarbaini mendapati tiada alkohol, dadah-dadah lain dan racun perosak yang dikesan dalam spesimen berkenaan.

Seorang lagi ahli kimia dari jabatan yang sama, Saiful Fazamil Mohd Ali, 36, berkata beliau hasil analisis yang dilakukannya ke atas dua serpihan cat putih mendapati cat itu adalah serupa.

"Pada pendapat saya kemungkinan kedua-dua cat itu berasal daripada satu sumber yang sama tetapi tidak tahu cat-cat berkenaan diambil dari mana," katanya ketika disoal Awtar Singh.

Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Dia dilaporkan ke pejabat itu secara sukarela untuk bertemu pegawai penyiasat SPRM berhubung siasatan kes rasuah membabitkan 62 pegawai Kastam.

Prosiding di depan Koroner Aizatul Akmal Maharani bersambung 2 Ogos. -BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan