Kes AminulRasyid: Polis Dilindungi Undang-Undang

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seseorang anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) yang melepaskan tembakan atas sebab-sebab yang munasabah tidak perlu bimbang akan tindakan undang-undang kerana mereka dilindungi selagi ia dilakukan secara tidak sengaja.

Ketua Penolong Pegawai, Bahagian Undang-Undang dan Pendakwaaan, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, Datuk Razali Basri, 54, memberitahu, perkara tersebut terkandung di dalam Perintah Tetap Ketua Polis Negara dan dijadikan subjek di semua pusat latihan polis. Razali menambah, berdasarkan perintah tersebut, semua anggota polis dibenarkan untuk menggunakan senjata api sewaktu menjalankan tugas di sekatan jalan raya atau semasa dalam operasi seperti operasi narkotik, JSJ, trafik atau tugas am bagi hanya untuk mempertahankan diri apabila nyawanya atau orang di dalam kawalannya berada dalam keadaan boleh mendatangkan kematian atau kecederaan parah.

"Tindakan yang diambil oleh seseorang anggota polis dalam keadaan yang munasabah. Setiap anggota tidak perlu bimbang terhadap tindakan undang-undang asalkan mereka tidak sengaja atau atas sebab-sebab munasabah membunuh seseorang dalam keadaan mereka dipercayai tidak dapat menangkap orang itu hidup-hidup tanpa risiko kematian atau kecederaan parah kepada diri sendiri atau diri orang lain," katanya.

Beliau yang memberi keterangan di Mahkamah Sesyen di sini pada Jumaat sebagai saksi pembelaan ketiga terhadap Koperal Jenain Subi yang didakwa menyebabkan kematian pelajar, AminulRasyid Amzah juga memberitahu, ia adalah terpulang kepada anggota polis itu untuk menentukan sama ada keadaan semasa melepaskan tembakan tersebut adalah munasabah atau tidak.

Jenain, 49, didakwa melakukan kesalahan itu pada antara pukul 1.10 dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, di sini dan pendakwaan terhadapnya dikendalikan mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun dan denda, jika sabit kesalahan.

AminulRasyid, 15, mati selepas kepalanya terkena sebutir peluru yang menembusi cermin belakang kereta Proton Iswara BET5023 milik kakaknya yang dipandu tanpa pengetahuan keluarganya.

Hakim Latifah Mohd Tahar pada prosiding itu juga didengari berkata, perkataan 'keadaan yang munasabah' tersebut sebagai sesuatu yang sangat subjektif.

Sementara itu, semasa disoal balas oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Dusuki Mokhtar, Razali memberitahu Perintah Tetap KPN itu dibuat mengikut Seksyen 97 Akta Polis 1967 dan ia mestilah dilihat sebagai satu arahan berbanding panduan kepada anggota polis dalam menjalankan tugas.

Beliau yang telah menjawat jawatan tersebut selama tiga tahun dan empat bulan juga bersetuju dengan cadangan Mohd Dusuki bahawa penggunaan senjata api hanya dalam dibenarkan dalam konteks untuk mempertahankan diri sahaja.

Ketika diminta oleh Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani untuk menghuraikan keadaan yang membenarkan penggunaan senjata api, Razali memberitahu terdapat sembilan keadaan yang menjustifikasikan keadaan tersebut, termasuk jika berlaku serangan ke atas balai polis atau pos kawalan.

Ia juga melibatkan keadaan serangan merbahaya, kes rogol, kes nafsu luar biasa, kes colek atau melarikan orang secara salah, kes mengurung secara salah, menghalang rompakan atau pecah rumah di malam hari atau dalam kes bagi menghalang seseorang melarikan diri.

Justeru itu, Razali bersetuju dengan Idham bahawa semua justifikasi berkenaan tidak menyatakan bahawa senjata api boleh digunakan bagi kesalahan lalu lintas seperti melanggar lampu merah mahupun memandu secara laju (keterangan yang lalu menyatakan mangsa telah melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas).

Bagaimanapun, Razali yang merupakan berkelulusan undang-undang kemudiannya menambah, penggunakan senjata api dalam kes lalu lintas adalah bergantung kepada keadaan.

"Mengikut pandangan saya, jika sesebuah kereta melanggar lampu merah dan menuju ke arah orang ramai kereta tersebut perlu dihentikan pergerakkannya dalam apa jua keadaan. Jika tidak ia akan membahayakan nyawa orang lain," jelasnnya.

Razali juga menambah, beliau bersetuju bahawa halangan jalan raya adalah lebih wajar berbanding penggunaan senjata api sekiranya seseorang angota polis mahu menghentikan sebuah kereta yang sedang dikejar.

Perbicaraan akan bersambung pada 22 Julai ini.

iklan

Video

Selasa, 24 Oktober 2017 4:12 PM

Mujur Tak Kena Langgar

Selasa, 24 Oktober 2017 2:47 PM

Nampak Mayat Bergelimpangan...

Selasa, 24 Oktober 2017 9:00 AM

Jom Santai Tajul & Ruhainies Gamat!

Selasa, 24 Oktober 2017 8:30 AM

Penangan Ketam Raja

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Kolumnis

iklan

Iklan