Bunuh Pengawal Keselamatan, Lelaki Dipenjara 16 Tahun - Berita Mahkamah | mStar

Bunuh Pengawal Keselamatan, Lelaki Dipenjara 16 Tahun

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

TAWAU: Seorang lelaki dihukum penjara 16 tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini, Jumaat kerana kesalahan menyebabkan kematian seorang pengawal keselamatan menggunakan senapang patah, kira-kira enam tahun lalu.

Vetus Juani, 37, didapati bersalah menyebabkan kematian Mansor Aramsa, 39, di sebuah rumah pekerja di Kilang Kelapa Sawit Tong Len, Kunak pada kira-kira 10.04 malam, 16 Oktober 2004.

Pesuruhjaya Kehakiman John Ko Wai Seng membuat keputusan berkenaan selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kesalahan yang dilakukan tertuduh.

Vetus dituduh mengikut Seksyen 304 (a) Kanun Keseksaan iaitu membunuh tanpa niat yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 30 tahun. -BERNAMA

   

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan