Ahli Pemuda Pas Fail Saman Pemula Mohon Deklarasi Tangkapan Akibat Bersih Tidak Sah

Diterbitkan: Jumaat, 15 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Seorang ahli Dewan Pemuda Pas menjadi individu pertama di negeri ini yang mengambil tindakan undang-undang terhadap Menteri Dalam Negeri dan tiga yang lain kerana mendakwa penahanannya yang dikatakan berkaitan dengan perhimpunan Bersih adalah tidah sah.

Musafri Abdullah Azmi, 27, seorang jurutera memfailkan saman pemula tersebut di Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 3 petang, menerusi peguam-peguam Zainal Said dan Azizul Shariman Mat Yusoff dengan menamakan empat responden termasuk menteri tersebut selaku responden keempat.

Dalam saman tersebut, Musafri menamakan pegawai polis yang menangkapnya sebagai responden pertama, bagaimanapun ia hanya dinamakan sebagai John Doe ekoran pihak polis didakwa enggan mendedahkan nama pegawai terbabit, diikuti pegawai perakam, Inspektor Misbahudin Hamdan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zaheri Ayob.

Berdasarkan writ samannya, pemohon turut memohon deklarasi bahawa rampasan lapan helai kemeja-t kuning yang tertera perkataan 'Bersih 2.0 Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil' adalah tidak sah dan perlu dikembalikan kepada pemohon.

Selain itu, pemohon juga menuntut ganti rugi am, ganti rugi teladan dan ganti rugi teruk yang tidak dinyatakan jumlahnya serta menuntut agar responden menjelaskan kos mahkamah dan lain-lain relif yang difikirkan sesuai.

Berdasarkan afidavit yang diikrarkan oleh pemohon, beliau mendakwa telah ditahan pada pukul 11.20 malam, 24 Jun lalu semasa dalam perjalanan pulang ke rumah selepas menghadiri mesyuarat sukan rakyat di Pejabat Jawatankuasa Kemajuan Kampung (JKK) Padang Jawa, Klang, dekat sini.

Pemohon juga mendakwa, beliau ditangkap oleh empat anggota polis berpakaian preman dari IPD Shah Alam dan tangkapan itu telah menjatuhkan imejnya kerana dilayan seperti penjenayah, selain tidak pernah dimaklumkan sebab penahanan.

Beliau mendakwa, penahanan tersebut adalah bercanggah dengan peruntukkan Perlembagaan Persekutuan yang menjamin hak dan kebebasannya untuk bergerak di dalam Semenanjung Malaysia.

Seterusnya, pemohon mendakwa, beliau mempercayai bahawa tiada mana-mana peruntukan undang-undang yang mengharamkan pemakaian, penyimpanan, pengedaran, penjualan, pembelian dan percetakan t-shirt Bersih berkenaan.

Justeru itu, pemohon mendakwa, tindakan semua responden adalah suatu salah guna kuasa yang melampaui undang-undang.

Pada Jumaat, pemohon tidak hadir di mahkamah untuk memfailkan saman tersebut dan hanya diwakili oleh peguam dan turut hadir memberi sokongan ialah Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Rani Othman dan Timbalannya, Khalid Samad serta Pengarah Pilihanraya Dewan Pemuda Pas Malaysia, Mohd Sany Hamzan.

Zainal berkata, beliau berharap agar kes itu dapat diputuskan dengan segera agar dapat menjadi panduan untuk memberi keadilan kepada semua individu yang ditangkap dalam perhimpunan Bersih yang diadakan pada 9 Julai lalu.

Mohd Sany pula memberitahu, Dewan Pemuda Pas bersedia untuk memberikan khidmat guaman percuma kepada semua individu yang ditangkap.

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan