Kartunis, Penulis Gagal Batal Perintah Haram, Rampas Buku

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang kartunis dan seorang penulis gagal dalam usaha mereka membatalkan perintah mengharamkan dua buku kartun dan rampasan 33 buku oleh Menteri Dalam Negeri.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rohana Yusuf ketika menolak permohonan mereka untuk semakan kehakiman bagi mencabar perintah itu, berpendapat menteri berkenaan membuat keputusan yang betul.

Dalam penghakimannya, Rohana berkata menteri berkenaan membuat keputusan itu berdasarkan isu ketenteraman awam.

"Selepas membaca kenyataan menteri berkenaan dan menyeimbangkannya dengan kedudukan isu sensitiviti di negara ini, saya berpendapat beliau mempunyai bukti yang cukup untuk mengeluarkan perintah tersebut," katanya.

MKINI Dotcom Sdn Bhd, yang mengendali Malaysiakini, dan Sepakat Efektif Sdn Bhd, memfailkan permohonan berasingan bagi mencabar perintah mengharamkan buku "1 Funny Malaysia" dan "Perak Darul Kartun" bagi pihak kartunis politik Zunar, atau nama sebenarnya Zulkiflee SM Anwarul Haque. Sementara itu, penulis buku "The March to Putrajaya - Malaysia's New Era Is At Hand", Yong Thye Chong, yang memakai nama pena Kim Quek, memfailkan permohonan semakan kehakiman bagi mencabar perintah berhubung rampasan 33 buku buah tersebut.

Antara alasan yang diberikan kedua-dua pemohon ialah penyalahgunaan undang-undang, ketidakpatuhan prosedur serta tindakan tidak rasional dalam merampas dan mengharamkan buku terbabit.

Peguam Edmund Bon dan K.Shanmuga yang mewakili kesemua pemohon memberitahu pemberita mereka akan memfailkan rayuan berhubung keputusan itu.

Menteri Dalam Negeri pula diwakili Peguam Kanan Persekutuan Noor Hisham Ismail. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan