Karpal Perlu Bela Diri Bagi Pertuduhan Menghasut

Diterbitkan: Khamis, 14 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan di sini dimaklumkan bahawa peguam Karpal Singh perlu membela diri bagi pertuduhan mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak.

Timbalan Pendakwa Raya, Noorin Badaruddin berkata hakim yang mendengar itu terkhilaf apabila membebaskan Karpal daripada pertuduhan itu kerana pendakwaan berjaya membuktikan terdapat kes prima facie terhadap peguam berkenaan.

Beliau berkata, Karpal telah mempersoalkan hak mutlak dan bidang kuasa Sultan Perak ketika sidang akhbar di pejabatnya pada 6 Feb 2009, yang jatuh di bawah Seksyen 3(1)(f) Akta Hasutan 1948.

Noorin berkata demikian pada pendengaran rayuan pendakwaan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi pada 11 Jun tahun lepas, yang membebaskan peguam itu tanpa dipanggil membela diri, di depan panel tiga hakim terdiri daripada Datuk Ahmad Maarop, Datuk Clement Alan Skinner dan Datuk Mohamad Apandi Ali.

Beliau berkata, Mahkamah Tinggi juga gagal menentukan sama ada perkataan yang disebut Karpal berkecenderungan ke arah hasutan dan bersifat menghasut.

Noorin turut membangkitkan isu ketidakpuasan hati rakyat berhubung kenyataan peguam itu sehingga menyebabkan 103 laporan polis dibuat di seluruh negara terhadap Karpal, yang juga pengerusi DAP.

"Kenyataan akhbar itu juga menyebabkan pelbagai cacian terhadap Sultan Perak dipaparkan di laman web rasmi kerajaan negeri berkenaan," katanya.

Karpal Singh dituduh mengeluarkan perkataan berunsur menghasut terhadap Sultan Perak di firma guamannya, Tetuan Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama antara 12 hingga 12.30 tengah hari pada 6 Feb 2009.

Dia didakwa mengikut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan, yang membawa hukuman maksimum penjara tiga tahun atau denda RM5,000 atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Sementara itu, peguam Jagdeep Singh Deo berkata rayuan pendakwaan perlu ditolak kerana Hakim Mahkamah Tinggi membuat keputusan yang betul kerana Karpal sekadar memberi pandangan berdasarkan undang-undang, selain meminta Sultan berkenaan bertindak mengikut Perlembagaan Perak.

Jagdeep dan Karpal akan menyambung hujah mereka esok. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan