Usaha Panggil Syed Hamid Berhubung Rampasan CD Ditolak

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi pada Selasa menolak permohonan seorang wanita Kristian bagi memanggil bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Syed Hamid Albar berhubung rampasan cakera padat (CD) mengenai ajaran Kristian yang mengandungi kalimah 'Allah'.

Hakim Datuk Rohana Yusuf memutuskan afidavit Syed Hamid berhubung kes itu mencukupi untuk digunakan dalam prosiding semakan kehakiman untuk menjelaskan mengapa CD itu dirampas.

Peguam Kanan Persekutuan Arik Sanusi Yeop Johari dan Azizan Md Arshad yang mewakili Syed Hamid dan kerajaan, memberitahu pemberita di dalam afidavit itu, Syed Hamid telah memberikan alasan mengapa CD itu dirampas iaitu untuk melindungi keselamatan negara dan ketenteraman awam.

Arik Sanusi berkata mahkamah juga bersetuju dengan afidavit Syed Hamid yang menyatakan berdasarkan arahan Kabinet pada 1986 berhubung perkataan yang dilarang digunakan oleh bukan Islam seperti penggunaan kalimah 'Allah'.

Hakim Rohana membuat keputusan itu di dalam kamar selepas membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh Syed Hamid dan kerajaan atas alasan permohonan itu difailkan di luar tempoh iaitu lewat 15 bulan selepas mahkamah memberi kebenaran.

Mahkamah juga menolak permohonan Jill Ireland Lawrence Bill untuk memeriksa balas pegawai kastam, Suzanah Muin, yang merampas CD berkenaan.

Arik Sanusi berkata mahkamah juga memutuskan permohonan untuk memeriksa balas saksi dalam semakan kehakiman biasanya diberikan dalam 'kes yang jarang berlaku', tetapi dalam permohonan itu hakim mendapati ia bukanlah kes yang jarang berlaku. Mahkamah menetapkan 17 Ogos depan untuk pengurusan kes.

Pada Ogos tahun lepas, Jill, 27, memfailkan permohonan untuk memeriksa balas Syed Hamid mengenai afidavit bersumpah yang difailkan ketika beliau menjadi Menteri Luar bagi tujuan pendengaran permohonan semakan kehakiman.

Beliau mahu memeriksa balas Syed Hamid atas alasan, antara lain, untuk mengetahui kewajaran tindakan bekas menteri itu menghalang pengimportan CD berkenaan, keputusannya bahawa kalimah Allah hanya boleh digunakan secara ekslusif dalam Islam.

Jill, seorang kerani, dalam permohonan semakan kehakiman itu menuntut tiga relif mengenepikan keputusan kementerian merampas CD terbabit; perintah mandamus untuk mengarahkan kementerian itu mengembalikan CD berkenaan; dan perisytiharan bahawa dia berhak memiliki, menggunakan dan mengimport penerbitan yang mengandungi kalimah Allah.

Pada 11 Mei 2008, kementerian berkenaan merampas CD itu daripada Jill mengikut Seksyen 9(1) Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 di Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) di Sepang.

CD berkenaan antara lain, mengandungi bahan bertajuk 'Cara Menggunakan Kunci Kerajaan Allah', 'Cara Hidup Dalam Kerajaan Allah' dan 'Ibadah Yang Benar Dalam Kerajaan Allah' yang dibawa dari Indonesia. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan