Permohonan Interlokutori Faizah Mohamad Diputuskan 16 Ogos

Diterbitkan: Selasa, 12 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) yang difailkan oleh Faizah Mohammad bagi membatalkan saman ganti rugi bernilai RM53,460 yang difailkan oleh bekas suaminya, pemain badminton negara, Muhammad Roslin Hashim akan diputuskan pada 16 Ogos depan.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah di sini, Abdul Walid Abu Hassan menetapkan tarikh tersebut selepas mendengar pembelaan yang dikemukakan oleh peguam syarie Roslizam Rahim yang mewakili Roslin pada Selasa.

Roslizam menghujahkan bahawa adalah tidak wajar untuk mahkamah menerima permohonan Faizah hanya disebabkan ketidakhadiran beliau pada prosiding yang dijadualkan berjalan pada 23 dan 24 Mac lalu.

Ini kerana menurut beliau, perkara tersebut telah pun dimaklumkan kepada mahkamah dan juga kepada peguam syarie yang mewakili Faizah, iaitu Muhammad Amir Nazli Hussin.

"Berdasarkan minit prosiding 23 Mac lalu, tiada sebarang bantahan dikemukakan oleh pihak Faizah dan mahkamah juga telah membenarkan agar prosiding ditangguhkan," katanya.

Sehubungan itu, Roslizam menambah, isu ketidakhadiran itu tidak seharusnya dibangkitkan dalam prosiding baru, sebaliknya perlu dilakukan menerusi permohonan semakan atau rayuan bagi mencabar keputusan mahkamah yang membenarkan penangguhan tersebut.

Bagaimanapun, Muhammad Amir kemudiannya membalas hujahan tersebut dengan berkata, pihaknya tidak pernah mempertikaikan penangguhan prosiding, tetapi mempersoalkan isu sijil cuti sakit Roslizam.

Dakwanya, Roslizam memaklumkan beliau tidak dapat menghadiri prosiding mahkamah pada 23 Mac lalu atas alasan uzur, bagaimanapun dikatakan telah menghadiri satu kes melibatkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada keesokan harinya.

"Kalau benar beliau tidak sihat, mengapa menghadiri prosiding 24 Mac lalu?," katanya.

Faizah yang merupakan seorang Eksekutif Operasi di Puchong, dekat sini, memfailkan permohonan tersebut pada 27 Mei lalu bagi membatalkan tuntutan ganti rugi yang difailkan oleh Roslin pada 12 Ogos 2009.

Tuntutan tersebut meliputi bayaran keseluruhan wang hantaran, perbelanjaan perkahwinan seperti mas kahwin berjumlah RM15,080, cincin (RM1,900), kos pengangkutan (RM200), bayaran jurunikah (RM150), upah solekan pengantin dan sewa barang kemas (RM500), barang hantaran (RM11, 465) dan baju serta kasut pengantin perempuan (RM6,750). Faizah dan Roslin berkahwin pada 30 Januari 2009, bagaimanapun ikatan perkahwinan tersebut hanya bertahan selama 12 hari.

Pasangan tersebut kemudiannya disahkan bercerai dengan talak satu pada 12 Mei 2009 di Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya, dekat sini.

Roslin seterusnya mendirikan rumah tangga kali kedua dengan Norhayati Othman pada 9 Julai 2009, tetapi perkahwinan tersebut juga tidak bertahan lama apabila mereka bercerai sebulan selepas itu.

iklan

Video

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Kolumnis

iklan

Iklan