Kerajaan Kelantan Dapat Kebenaran Tangguh Prosiding Di Mahkamah Tinggi

Diterbitkan: Isnin, 11 Julai 2011 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan Isnin memerintahkan prosiding kes saman pelanggaran kontrak terhadap Petroleum Nasional Bhd di Mahkamah Tinggi ditangguhkan sementara menunggu permohonan Kerajaan Negeri Kelantan untuk merayu diputuskan.

Penangguhan itu diberikan oleh panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Zainun Ali, Datuk Ramly Ali dan Datuk Zaharah Ibrahim selepas peguam Rishwant Singh yang mewakili Petronas dan Peguam Kanan Persekutuan Datin Azizah Nawawi yang mewakili kerajaan persekutuan tidak membantah permohonan itu.

Kerajaan Kelantan telah memfailkan permohonan kepada Mahkamah Persekutuan untuk kebenaran merayu terhadap keputusan Mahkamah Rayuan pada 26 Mei lepas yang menolak dua rayuannya.

Permohonan itu akan didengar bulan depan.

Kedua-dua rayuan itu berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan kerajaan persekutuan menjadi pencelah dalam saman itu dan perintah Mahkamah Tinggi saman sivil itu dibicarakan di Mahkamah Sivil Baru (NCvC), dan bukan di Mahkamah Komersial baru (NCC) di mana saman itu difailkan.

Kerajaan negeri menyaman Petronas kerana didakwa melanggar kontrak berkaitan pembayaran tunai yang patut dibayar kepada kerajaan negeri berhubung royalti minyak.

Dalam pernyataan tuntutannya, kerajaan negeri menuntut supaya Petronas membayar tunggakan dan pembayaran tunai masa depan bagi petroleum dikeluarkan di pesisir Kelantan seperti yang ditetapkan dalam Perjanjian Petroleum.

Kerajaan negeri juga menuntut ganti rugi dan kos. Bagaimanapun, ia tidak menyatakan jumlah keseluruhan yang dituntut daripada Petronas.

Dalam saman itu, kerajaan negeri menjelaskan bahawa Perjanjian Petroleum Kelantan yang ditandatangani pada 9 Mei 1975 jelas menyebut bahawa Petronas mesti membayar secara tunai lima peratus daripada perolehan minyak, sama ada hasil cari gali di pesisir atau luar pesisir.

Menurutnya klausa perjanjian turut menyebut bahawa pembayaran perlu dibuat secara tunai dua kali setahun pada atau sebelum 1 Mac, atau pada atau sebelum 1 Sept.

Prosiding yang ditangguhkan di Mahkamah Tinggi adalah mengenai permohonan kerajaan negeri Kelantan untuk mendapatkan dokumen berkaitan dan permohonan Petronas serta kerajaan persekutuan untuk membatalkan saman itu. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan